28 October 2009

Daulat Tuanku!!!

Hari ni N9 cuti. Cuti pertabalan. Aku x pegi seri menanti pon pasal minggu lepas ada skali call henpon tuanku muhriz tanya kan persiapan dah siap ke belum. Bukan nya nak beri jawapan, dia soal balik kat aku. "tuan hamba ni siapa?" Aku sedih. Tebarai air mata lantas terus menuju ke kedai topap tukar simcard lain. (okeh..ni citer bohong)

Pagi tadi sarapan kat kedai. Encik lim bok ding, 25, bahagian costing pun ada skali. Sambil order pulut kuning + sambal petai, sambil borak2 ngan encil lim perihal isu semasa.

Lim: "waa..pagi2 suma polis trafik sudah stenby di suma junction kan? saya mula2 terkejut jugak. cepat2 pakai seatbelt. tapi baru saya terfikir hari ni hari petabalan kan? u x da pegi tengok ka zairi?"

Aku: "emm..ada2. lepas minum ni kang i gerak la."

Lim: "mana tempat dia buat function ha?"

Aku tenung muka lim sedetik dua. Aku syak skolah cina x de langsung ikut perkembangan sejarah malaysia. Tu pasal sampai ada buat rap nyanyi lagu negarakuku. Gaji riban2, tapi x penah pegi seri menanti serupa x guna duduk serumpun 1malaysia. Tu belum begitau lagi perbezaan antara tuanku ngan tunku. Kang lagi berjela la lim punya soal.

Hari pertabalan ni ada jugak pekdah nya. Setidak2 nya, mainroad suma sudah tukar tar baru. Jurujalan pun jadi kucar kacir siapkan jalan raya bukit putus kasi senang kerabat2 raja nak lalu. Nampak sangat cogan kata "rakyat di utamakan" tu patut kasi bincang balik. Dorang patut rasa kenikmatan jammed kat bukit putus time raya itu hari. Berani la pasang siren konvoi ramai2 suruh rakyat berenti tepi jalan bukit putus tu. Aku sekeh kepala tu sekor2. Nak berenti tepi jalan cemana? Kereta pun ngam2 muat satu jalan. Kalo nak ketepi lagi mau terjunam dalam gaung.

Janji bleh siap sblom raya jadi janji tinggal janji. Seminggu sblom hari pertabalan, aku dah test run jalan raya bukit putus yang baru. Jalan raya bukit putus menghala ke kuala pilah dah bersambung. Dah x putus2 dah. Dengar citer mat rempit pun dah test run malam minggu itu hari. Orang yang x biasa naik kenderaan sambil layan corner pun dah x berenti singgah buang muntah tepi jalan. Dari starting sampai ulu bendul bleh cecah kurang 5 minit berbeza sblom ni selama 1/2jam follow blakang lori balak. Corner pun dah bleh bilang.

Dulu masa jalan lama, ada jugak orang buat soalan berapa banyak selekoh kat bukit putus. Ada jawab 99, 44, 66,88 selekoh. Mesti tiap kali lalu bukit putus dia siap buat kira2 temasuk la aku. Cilakak betul!! Tapi jawapan cuma ada 2 selekoh. Selekoh ke kiri dan selekoh ke kanan. Rasa nak campak tukang soal ke dalam gaung bukit putus tu pun ada jugak. Biar dia pulak kira berapa hari baru ada orang tolong kutip dia dari gaung tu.

Jalan baru ni dah stat beroperasi sejak terlingkupnya era pemerintahan dato' isa si-kaki rasuah. Korang undi dia, korang punya pasal la. Jangan masing2 lalu depan senawang ni bau babi cukup la. Kalau x kerana terlingkup nya dia ni, sampai ke kiamat la jalan bukit putus tu x lurus2.

Lepas hirup teh tarik kasi habis, aku bergegas bayar makanan.

Lim: "aik..awal lagi maa.."

Aku: "sudah dekat pukul 8 dowh. mau masuk keja."

Lim: "aik?? ot ka? kejar triple ka? kata mau pegi seri menanti?"

Ahh..diam la lu. Aku sumbat throtle body dalam mulut tu kang. Haish..cmana bleh tersasul ni?

*****************************************************************************

update 28/10/09

Ini entri patut post hari isnin itu hari. Tapi dari jumaat lepas, TMnet streymix problem kat kompeni aku ni. Tiap kali call, "okeh..nanti kami hantar maintanance ke sana" macam harram. Pukul 6 petang smalam baru sampai. Stakat bajek ke-10 jalur lebar labur juta2, birokrasi masih x ubah2, speeding macam harram jadah, lebih elok kalau...ahh...malas la nak cakap.

10 comments:

miss oren said...

janji semua org leh buat bro..kat opis aku pon camtu..cakap nak datang tapi da seminggu baru nampak batang idung..rasa nak sula je diorang tuh..

macha_sezs said...

hahahaha

lama betul tunggu lu update bro.

malas dah nak cakap pasal isu -betulkan-jalanraya-bila-ada-orang-besar-nak-lalu.


haish.

ajako said...

inche zairi, ingatkah dikau kepada rukun negara yang kedua? "Kesetiaan kepada raja dan negara". aku ingat ko kena ajar balik kat inche Lim Tat itu...

Daud Mili said...

wah, dah bleh guna jalan baru ke bro?...bapak la, ketinggalan rupanya aku nih...biler aku nak balik Pilah nih,??!!...lambat lagi nak abis exam nih..hahaha...

Ngko duduk senamawang ke bro?...

Aku setuju ngan ngko, pasal isu pembesar2 yang bleh jalan ikut suka hati siorang jek,...ntah2 sepanjang hidup dia tuh tak pernah merasa follow belakang lori balak!!...hahha

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

kasi potong!

zairi said...

oren:
ah-tu-lah-tu. kang nak maki kang, yang datang muka suma ketat2.

macha:
aku pun da letih ngan 'dorang' ni. kang cakap lebih sikit kang, silap2 muka bleh kluar kosmo.

ajako:
hahaa..dah lama x selak blakang buku latihan skolah ar.

daud:
hoh!! tanjung ipoh wei!! cmana x bleh tau citer ni? aku duduk+keja+famili kat senawang. growing-up kat felda palong 5. gua budak felda.hahaa...

pentoi:
potong tang mana? tang corner?

halym said...

bro, nasib baik ada ulu bendul tau bro,
kat situ lah aku pot memuntah-laharkan isik perut aku sambil menikmati air sungai dari bukit yang outih mulus belum tercemar setiap kali panjat bukit putuih masa kekecit dulu...nowdays air sungai tak macam dulu bro, kalau nak compare zaman 80am dulu..perghh nostalgic eh pulak bukit putuih dan ulu bondul tu kek den..tapi den memang paneh hati maso ghayo baghu ni bro, hampeh boto 2 jam den sangkut dari bukit putuih nak ko Pilah, seterusnya balik ke kampung uwan den kekBahau..bangang boto..hehe

@tune® said...

huh..bukit putus nye hantu dah buang lom??

zairi said...

halym:
hahaa..kecik2 dulu ayah aku dah biasa kan kitorang jalan bukit putus ni naik keta ford escort. x penah muntah la stakat ni. tapi aku rasa walau jalan dah baru,nak ke pilah tetap jammed time raya sok. pasal nya, masing2 dah melaju kat bukit putus.sampai kat ulu bendul dah jadi satu lane.tersekat jugak la jawab nya.baik ikut arah tampin la.

atun:
nak buang kat mana lagi? suma budak2 bomoh pun buang hantu kat situ.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇