AKU  DAN  SESUATU

16 March 2009

Kawan aku Din dan kesah Ganja nya.

Tengah2 boring x de keja ni, aku buat2 sibuk kat depan pc tengok klip2 video simpanan aku yang lama2. Kira refresh balik la apa yang dah lama aku x tengok. x de keja la kata kan. Kang pegi ngular, kok kantoi pulak. Cari keja bukan nya senang skang. x macam 10thn lepas punya cari keja. Dulu2 pengalaman aku cari keja, interview terus dapat keja. Siap ada hostel lagi. Masa aku jadi penjaga pinggan mangkok kat pasaraya Ocean la. Mungkin untuk gaji ciput tu yang boleh senang dapat keja kot. Tapi skang dah x de lagi hostel untuk pekerja tempatan. Kalau ada pun mesti kena tutup pasal jadi port untuk ke maksiat. Budak skang kan advan2 belaka.

Dalam banyak2 klip video, aku teruja plak kat adengan si apek tengah stone ganja. x tau la betul ke tidak benda yang dia isap tu ganja or serbuk manis sisha perisa epal. Dia x mengaku pun masa citer ni berlaku dulu. Ye la, logik gak kalau nak pikir2 balik. x kan dia bodoh sangat selamba kasi orang ambik gambar dia tengah stone. Mau tutup periuk nasi sendiri nama nya tu. Ah..lantak dia la nak pi mampos ke x. Dah besar panjang suruh dia pikir sendiri la.

Aku mula kenal rupa paras hensem si ganja ni masa aku study kat Kedah tahun 2000 dulu. Itu pun lepas aku naik sem.2. Memang aku x into ngan benda2 dadah ni. Rokok pun bukan kategori aku. Ganja memang senang nak dapat time tu. Maklum la dekat2 ngan sempadan. Tapi masa aku keja kat pasaraya Ocean dulu, aku ada nampak kelibat botol redbull kaler hitam terjojol ngan batang betik kat bawah katil member aku time aku dok sapu2 bilik. Time tu aku x terpikir lagi benda2 isap ganja ni. Lagi pun member aku tu x penah isap depan aku. Pulak tu memasing x da la menunjukka kan sifat2 pecah rumah. Diorang ok je ngan aku. Barang2 pun x penah hilang. Kira diorang pandai cover la. Kerja pun rajin. Ceh!! baru aku tau apsal diorang bleh rajin.

Masa aku sem.2 tu, aku mula rapat ngan student yang duduk berhampiran ngan hostel. Kira budak luar la. Budak luar kan lain macam diorang punya teghejal. Tempat dia, negeri dia boleh buat kepala samseng dia. Nama kawan aku tu Din. Dia budak perabot. Aku budak seni bina. Kitorang ngam pun x tau apsal. Pada hal masa sem.1 dulu, budak2 kelas aku ngan aku penah gegar dia pasal dia tuduh member kelas aku curik henpon awek dia. (cis!!!..pasal awek lagi!!). Tapi kitorang x bertumbuk la. Berlalu macam tu je citer tu. Din ni aku baru tau dia kaki stone. Bilik aku dia jadi kan port dia. Time tu aku jadi ketua asrama. So, x de sape yang boleh intip kegiatan si Din tu. Lagi pun si Din ni samseng kampung dusun. Budak2 x leh nak cari pasal ngan dia pasal dia ada 'kaki2' kat luar. Sesapa nak 'barang' bleh oder ngan Din ni. Dia jadi tokan kat situ.

Si Din ni slalu 'on' lepas rehat tengahari sebelum nak ke kelas belah petang. Lepas 'on' memang cool je dia ni. Memang nampak beza sebelum dan selepas. Paling ketara dia punya beza, satu hari masa hari cuti tu, Din datang hostel aku naik moto nak jemput aku ke rumah dia pasal dia cakap itu hari dia punya birthday. Aku pun bonceng ke rumah dia. Masuk rumah dia cuma ada aku ngan dia. Mak+ayah dia x de. Gelisah gak la kejap takut2 dia bontot kan aku. Rupa2 nya kejap lagi tu dia bawak keluar awek dia turun dari tingkat atas dengan kain batik. Time tu la dalam hati aku tabik spring ngan Din. Keluar dari rumah tu, Din cakap ngan aku, awek dia dah perap 2 hari kat rumah dia. Hmmm...x tau la aku sama ada awek tu memang 'murah' atau ganja tu boleh kasi Din bikin ayat power. Awek tu memang baik dalam kelas aku. Dalam kelas agama memang ada knowledge katam Quran. x sangka pulak aku bleh jadi cam tu.

Sebelum aku tamat pengajian tahun 2002, aku ada pesan kat Din. Aku x nak tengok dia stone lagi lepas tamat mengaji. Lagi pun dia baru lepas kematian ayah dia masa tu. Dia angguk je. Memang aku perasan dia dah berenti. Tapi aku terus lupa kan Din ni sambil aku tersenyum je pandang Din ngan kengkawan yang lain tengah stone masa kitorang ada konvo tahun 2003. Lantak dia la nak jadi ape lepas tu.2 tahun lepas aku ada call kengkawan pasal Din ni. Memasing x tau punca. Yang kitorang tau, awek dia tu dah kawen ngan lelaki lain. Sukses gak la awek tu keja kat firm KLCC sana. Hmm...cemana la malam pertama awek tu ek?

Pada pendapat aku, ganja ni x reti aku nak bagi pendapat macamana. Lebih elok x payah layan la kira nya. Dah nama pun dadah. Arwah ayah aku meninggal pun pasal dadah dah terlalu banyak orang hospital kasi suruh telan. Sampai kan buah pinggang x leh tapis suma benda2. Aku pun dah lama x telan ubat2 hospital. Sebab ubat2 tu suma bukan untuk kasi sembuh yang sebenar nya. Cuma untuk menahan sakit je. Anak aku stakat ni belum penah aku kasi telan ubat hospital time dia sakit. Lagi pun ubat hospital tu suma pahit2. Budak kecik bukan nya nak makan pun. Selalu nya aku hantar kat klinik HOMEOPATHY. Perubatan untuk pencegahan. Bukan nya menahan sakit.

11 comments:

Anonymous said...

oit...bukak cter lame nmpk? si ex_awek din (bkn name sebener)tu da balik ganu dah...da ade anak sorg pun.boy, ko agak2 laki yg kawen ngan ex-awek din (bkn name sebener) tu puas tak pd mlm petame?kuang2...ko jgn bgtau ex_awek din (bkn name sebener) tu plak....

A said...

dadah??

hak tuih..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

hahhhaaaha...sy no to dadah..yes to dada...hehehee

@tune® said...

gua ade sorang member...name die ganja...sbb die kurus sgt..
tp name ganja die dikomersialkan menjadi gunjer...

zairi said...

medan:
woih...tetiba plak ko ada ni apsal?giler ah..kok tau kat din ni mampos aku.

azrin:
ubat yg ko telan slalu time ko sakit tu pun ada dadah tu.

akupentoi:
yeeesss...aku suka tu.hehee...

atune:
budak kurus slalu dapat nama macam tu.kesian diorang...

jiwa sifar said...

baek buat teh daun ganja tu..mane tau lg sedap.

a.b geldofg said...

ganda halal bagi yg ada otak

Anonymous said...

ganja ni , boleh buat diet kan . lagipun biasanyer pekerja kilang hisap biar dapat stay up lama.

halym said...

yg apek sedut tu bukan shisha tu, shisha mana pakai batang betik..ekeke pentipussss!

ajako said...

belia benci dadah

zairi said...

azuwan:
akan datang punya citarasa kot.macam air daun ketum tu kan.

gendof:
betul gak tu.

aya:
haa..ko tengah nak diet kan?ko try la...kalo berkesan,begitau aku.

axl:
betul gak kan?biasa laa...nak tutup malu.

ajako:
aku pon sokong.