AKU  DAN  SESUATU

20 July 2009

Cemana nak hormat orang tua kalau orang tua pun x tunjuk teladan yang baik?

Memotong dengan rakus sebelah kiri selain kat atas haighway memang salah. Salah dia serupa kita langgar belakang kreta walau kreta depan break mengejut untuk kasi siput babi melintas jalan. Berenti terus tepi jalan untuk settle kan keadaan lebih mulia daripada buat bodo terus x pedulikan orang yang dilanggar tadi.

Itu hari fender belah kiri aku kena langgar dengan satu toyota unser. Benda x de la seruis sangat. Sipi2 nak kena lampu depan ngan sipi2 bumper eg9 aku kopak. Betul2 fender je yang kemik. Ini bemakna unser tadi potong belah kiri setelah 2 lane bertukar ke 1 lane. Kelam kabut betul unser tu sampai x nak berenti bila aku dah berkali2 highbeam kan lampu bagi isyarat suruh lepak tepi jalan.

Bila keadaan memaksa macam ni, ada beberapa pilihan je waktu tu. Sama ada hafal kan nombo plate kasi kat polis atau follow sampai minyak abis atau potong pancung je kereta tadi. Kalau stakat kasi nombo plate kat polis, x tau bila punya zaman kereta tadi kena tangkap. Insuran pun x tau cemana punya claim. Kalau follow sampai minyak abis, x tau sapa punya luck. Kalau minyak kita abis dulu, serupa buat langkah pertama tadi. Sebijak2 nya kena la buat potong pancung. Korang penah tengok citer suci dalam debu? Yang cd oraza naik van kejar sambil potong pancung kereta julia rais tu? Korang jangan ikut itu perangai. Bodoh apa potong pancung naik van sampai terbalik?

Bila selesai sudah acara caci maki, yang penting kita kena tanya sama ada nak settle cara polis atau settle tepi jalan je. Itu hari memang aku harap kan settle polis. Setidak2 nya aku bleh claim sampai tukar kaler satu bodi. Nampak gaya nya niat busuk aku tu x jadi kenyataan. Haih... Bila citer nak settle tepi jalan, pesalah tadi cuma nak kasi aku RM100 je. Jika perkara ini berlaku, heret je dia ke bengkel kereta ketuk berdekatan untuk tentukan harga. Jangan main terima je seratus tadi.

Akhir nya kereta aku settle masaalah dengan pesalah laku tadi membayar ganti rugi kat tukang ketuk sebanyak 2 ratus siap cat. Tapi yang buat aku sebak...

"kau tau la nasib kau besok!!" (suara bini driver)

11 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

orang tua skrg ni mmg dah tak sedar diri..rumah halau pn dah tak peduli lagi..

@tune® said...

nasib ko jer...
nasib die..
die tatau ke/?

jiwa sifar said...

ko leh ganti pelakon impak maksima.

zairi said...

pentoi:
hmm..ntah la.harap2 dah tua besok aku x macam tu punya perangai.

atun:
aku memang nak balas balik kat makcik tu.tapi..ahh..aku cuma anggap dia x tau lagi undang2 jalan raya.biar la dia renung2 kan sendiri.

azuwan:
eh..bleh ke?

Mak Jemah said...

fuiyyo..xleh blah ko ingat sampai tahap cd oraza..hehe..kira hebatlah tu da buat potong pancung..cam evolusi kl drift la plak

nuyuljana said...

orang tua tak sedar diri macam ni

patut dikasi racun je masa mereka kecik.

haha.

no need to worry la.

kalau kita di pihak yang benar,

pasti akan dilindungi Allah.

insya Allah.

halym said...

kau dah buat apa yang sepatutnya...
sila baca citer ni..serupa jer seperti mana penah aku alami,

http://halymdanish.blogspot.com/2006/03/arghhkemek-kete-aku.html

ajako said...

huish, lancang sungguh mulut bini pesalah itu tadi, mcm lancang kuning layaknye...

zairi said...

oren:
amacam?tajam x pemikiran aku?hahaa...

nuyul:
mak'aih..zalim gile sampai taruk racun.

yelaa..aku pon pasrah je dengar makcik tu bahasakan aku.

halym:
baik betul hati ko.x tau malu betul wetco tu mintak kasi kurang.kalo aku, lagi best aku kenakan balik wetco tu.

ajako:
itu baru sikit.masa live itu hari, ya'ampuuuunn...rasa nak tenyeh je mulut masing2 dengan tombol gear.

jiwa sifar said...

tp ko impak minima ok kot..haha.

zairi said...

azuwan:
ciss!!