Tahun ni aku sambut hari ibu tampa arwah ayah aku. Dah meninggal time ramadhan lepas. Stat tahun jugak la kitorang sambut tampa ayah. x pe la. Ajal maut suma kat tangan Tuhan. Kita yang hidup ni kena terus hidup jugak.
Pada mak aku, aku ucapkan terima kasih x ternilai harga nya membesar kan aku hingga aku jadi orang. Walaupun kecik2 dulu aku penah rasa terkongkong, penah memberontak, penah kantoi curik2 isap gudang garam blakang rumah, macam2 hal lagi la yang ntahapahapentah penah aku buat dulu yang boleh buat mak+ayah aku panas hati kat aku. Bila otak dah upgrade, baru la tau tu suma untuk kebaikan aku jugak.
Paling bagus nya tengah aku sedap2 keja jadi operator jaga kain kat kilang hualon melaka dulu, mak+ayah aku suruh berenti kasi sambung blajar. Memang liat aku nak pegi masa tu. Maklum la baru lepas kluar kan kancil. Duit pun dah sedap pegang. Awek pun mula dah keliling kereta. Minah indon jangan citer ar. Dorang memang terget rakyat tempatan untuk buat batu loncatan status kerakyatan. Aku macam biasa la sebagai maskulin macho. Abis sepah, madu aku hirup untuk mengembalikan tenaga. Eh..aku acah je tu. Mak+ayah aku didik aku baik punya. Aku bela awek aku dari form3 sampai 10thn terus aku kawen. Tu sorang je awek aku x tukar lain.
Kalau x kerana mak+ayah aku didik aku sebaik mungkin, ntah ape jadi la aku skang ni. Ntah merempit atau baru lepas ragut orang tengah mengandung. Hmm..Syukur Alhamdulillah la skang hidup aku ni.
Baru2 ni punya gambar. Tudung hitam tu adik aku nombo 3. Tudung putih mak aku. Tudung hijau wife aku yang aku bela sampai 10thn tu. Baju putih tu aku. Dah abis ketat dah muka time tu. Kalau x takut jugak, x tau la nak citer cmana lagi dah. Yang kecik tu anak pompuan aku. 28 jamidul akhir ni, cukup umur 3thn. Selamat hari ibu jugak kat wife aku. Yang buat iklan gigi tu adik aku yang last. Kitorang ada 4 beradik. 2 laki 2 pompuan selang seli. Pandai x mak+ayah aku setting? Yang x de dalam gambar cuma akak aku. Malam tadi aku terima mesej anak akak aku umur 5thn masuk wad pasal paru2 masuk kuman. Bahaya woo... Nasihat aku kat korang, jangan manjakan anak2 korang ngan ekon siang malam. Tido pakai kipas je.


