19 December 2008

Aku datang period? mungkin tidak!!

Malam tadi aku mula menyambut ulang tahun sakit pinggang aku. Dia punya sakit sampai tahap senak punya. Dah macam pompuan datang bulan dia punya seksa. Agak nya laa...Tertunggu2 jugak kok kluar darah berketul tu. x dak pun. Harharhar...adeh..isk. Bermula dari tahun 1998 dulu, setiap tahun dia datang dekat hujung2 tahun. Macam musim tengkujuh dia punya time. Sedang aku gurau senda ngan anak aku, ntah cemana anak aku kasi dive curt cobain kat pinggang aku. x bagi signal langsung untuk suruh aku sambut dia. Terus aku koma x bleh bangun. Terpaksa macam kebiasaan aku kena hantar pinggang aku ni kat klinik kasi cucuk.

Susah payah wife aku papah aku masuk dalam kereta. Berjalan pun x bleh sangat. Jalan pun kena bengkok kan kaki, punggung kasi tonggek, dada kena maju kedepan melebihi kepala. Tu tune yang terbaik yang mampu untuk aku berjalan. Pandang jugak la kiri kanan tu takut2 kok ada jiran tengah perati kan aku. Kang ada pulak yang takut berjiran dengan aku kang.

Pegi ke klinik kena cari yang x ramai patient. Segan woo..muka hensem2 jalan macam baboon. Dokter pun senyum2 tahap nak kena penangan je sambut aku. Lepas kena cucuk, dokter kasi ubat sapu flanel kasi berangin aku punya pinggang. Balik rumah terus aku kasi pengsan.

**********************************************************************************

Pagi ni bangun tido dah rasa ok. Pegi keja macam biasa. Tapi aku rasa dah mula lain macam. Makin lama aku mengadap blog ni, makin sengal2 pinggang pulak dah. Sebelum lebih melarat, sebelum diorang nampak aku berubah jadi baboon, sebelum nama aku jadi bahan umpatan, aku perlu pantas isi form nak kluar ke klinik. Aku chow dulu...

7 comments:

akupentoi said...

waduh...kok malam tadi malam permintaan kaum ibu sih..

pemikir lapuk said...

kesian dgn ko..sakit ni dia dtg mgejut je kan.....ok bro jgn ksihatan elok2

azuwan said...

mesti pedih tu...aku penah gak rs pedih2 kt buah pinggang aku ni tp aku biar je...lame2 ilang sendri..

ab said...

:)

Hashim said...

Macam macam tau je orang perempuan sakit cam tu,.... he he he

zairi said...

aku pentoi:
Wak lu...gua serius ni!!!

pemikir lapuk:
tq bro.

azuwan:
buah pinggang jangan memain beb. baik ko pegi check. silap2 bleh kencing manis wooo...

ab:
:)

hashim habeed:
hehehe...kan aku cakap agak2 je.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇