31 December 2008

Mati budak tu aku kerja kan. Bersalah betul aku kat mak+ayah dia.

Wife aku cakap dia baru lepas isi minyak kereta.. Tengah dia drive nak balik umah, ada budak moto suruh berenti. Wife aku syak ni mesti tektik nak samun la ni. Suruh berenti, pastu kang dia tendang kasi keluar, kereta sah2 kena bawak lari. Terus wife aku kasi pecut sambil call aku.

Wife aku: "Bang...ada budak moto tengah kejar kita ar..."
Aku: "Apa hal kena kejar plak ni? terlanggar dia ke?"
Wife aku: "Mana ada langgar...cemana ni?"
Aku: "Jangan berenti. Pegi terus kat balai polis. Kang call balik!!!..."


Aku mula nak hati panas. Ada2 je diorang nak kasi aku darah tinggi. Dengan aku x penah nya nak kena macam ni. Asal pompuan yang drive, mesti ada je kutu yang dok kacau. Aku macam nak pegi je keluar tengok wife aku. Kalau aku yang drive, aku dah kasi emergency brake kasi budak tu langgar belakang. Kalau dia dah tergolek, aku kasi gostan paking atas tulang belikat dia.

Aku dah x tentu arah. Kalau bos aku tegur time tu, memang nak kena ong-bak la jawab nya. Masa berjalan macam siput telan babi. Wife aku x call2 lagi. Ntah ceman la skang dia ni. Lepas 5 minit aku mengelupur sesorang, wife aku call...

Wife aku: "Laaa...tutup minyak tertingal. Susah payah je budak ni kejar sampai kat balai polis..."

Cehh...

Notacelahgigi: Selamat menyambut Ma'al Hijrah.

19 comments:

Yatt said...

Hahaha! Cemas tapi kelakar...

zairi said...

hoh..punya la banyak aku komen kat ko dari awal entri ko sampai entry nak masuk tahun depan, baru ko nak jenguk aku.

Umie said...

kah kah kah...sib baik bini ko yg drive...kalau ko yg berada di tempat kejadian tu, x pepasal je arwah budak tu kang...huhuhu.. erk, encik polis x geleng kapla ka tgk keadaan ni?? kekeke

Yatt said...

Hahah! Jgn ambik hati brader. Aku selalu jenguk, tp x comment je. Anyway, tq sbb rajin buang masa bc blog aku. Dtg lagi tau, ajak kawan2 sekali. Hahaha

zairi said...

haha..yela tu.slalu jenguk tapi x komen je.biase dah tu...pandai je ko pujuk aku..hehee..

zairi said...

umie:
polis kat guard house tu pun pening2 lalat je tengok diorang. nak tahan macam x perlu kena tahan.

@t00neY r00neY® said...

aiseh...susah ni...wat baik salah..wat xbaik mmg salah

Firol Turn Core-Rawk said...

perghhh..suspen sungguh

akupentoi said...

klako..klako..dunia dlm ada mcm2 cerita...

padelkopak said...

ah lu ni, bikin gua suspen je!

~salam maal hijrah & hepy new year

eliza said...

hehe..
kesian budak motor2 tu..

tp tk pa la, anggap sja itu sbgai langkah berjaga jaga sebelum sesuatu yg x baek berlaku. :)

ab geldofg said...

itulah suka sgt bprsgka buruk kt manusia...ko ni.....

zairi said...

@tooney rooney@
ntah la...aku pun x reti nak cakap cmana.

firol turn core-rowk:
aku lagi la suspen. wife aku tuuu...

akupentoi:
kita sebagai pelakon je kat dunia ni.

padelkopak:
hahaha...gua pun terkena gak la kiranya.

eliza:
betul tu.cegah sebelum parah.

ab geldofg:
aku bukan ape...macam yang eliza cakap la...sebagai langkah berjaga jaga.

azuwan said...

ish3...memang agak kasar tindakan ko ni..haha...sediakan payung sblm hujan..kesian mamat yang kejar kerete bini ko..kasi duit bg tuang minyak..

en_me said...

mula mula lagi me dah agak mesti citer kelakar nih sbb tengok tajuk entri ko tewww.. salammmb abang zairi

zairi said...

azuwan:
aku pun kesian gak.wife aku dah kasi duit minyak, tapi mamat tu x nak.

en_me:
salam me...pandai2 je kau ni. hehehe...

roshaizul said...

kerna nila setitik, rosak susu sebelanga. kita sekarang ni dah susah nak percaya dgn mamat bermotosikal ni, sebab media selalu memaparkan kebejatan sosial budak2 rempit.

FarhanaLicious said...

ceh. sakit ati betul. ingat kan nape lah. haha

zairi said...

roshaizul:
betul tu.walaupun dia berbudi,kita tetap meng-anggap ke lain.sebab diorang pakai motor.

farhanalicious:
hahaha...aku cuak gak dapat call tu.