15 December 2008

Kadang kala kemewahan menjadi kan kita lupa siapa diri kita disisi mereka

Hari2 berita kat TV3 tu siar tentang tragedi di Bukit Antarabangsa. Langsung x usik dah citer pasal si Saiful bodoh tu. Tapi GF dia cun. Pandai gak la dia memilih. Tapi GF dia bodoh dapat BF yang bodoh. Hahahaha... Apsal si Saiful ni x duduk kat situ? Ahh.. pedulikan lah dengan dia ni.

Ramai yang terkorban dalam kejadia tanah runtuh tu. Simpati sungguh dengan nasib diorang. Baru semalam borak2, tengok2 pagi ni dah x de. Boleh hilang akal sedih cara macam tu. Ape boleh buat? Tu suma atas kehendak NYA. Tapi berpunca pada diri sendiri jugak. Semua nak cepat kaya tampa memikir kan nyawa dan khazanah2 alam. Hutan2+gunung-ganang diconvert untuk dijadi kan bangunan2 khas untuk mereka2 yang pakai baju berkolar tegak.

Mereka yang berpendapatan tinggi semakin ingin di pandang tinggi sambil melihat panorama indah dengan menghirup segelas fresh oren payung kecik di balkoni banglo masing2. 'Penunggu2' hutan yang tiada tempat tinggal terpaksa menyelit di celah2 ampaian sejadah yang semakin bersawang. Apabila semakin tiada ruang untuk mereka, mereka mula menyelinap pada mereka yang mudah lupa diri. Yang dulu minum air oren, kini dah mula pandai minum air anggur perap. Badan semakin membeban. Tanah semakin potong spring. Kesudahan nya spring dah x boleh tampung lebih muatan. Maka mounting pun patah.

Apabila dah jadi macam tu, mula lah nak bising2 mintak ganti rugi. Skang dah tinggal selai sepinggang, segan2 nak behimpit2 kat penempatan mangsa runtuh. Yang masih segan2 tu masih lagi nak hidup nyaman ngan air-con hotel2. Pulak tu hangin2 satu badan suruh bayar kan bil hotel. Apahal lu? Aku punya siri alam perwira tu pun aku x sanggup mintak ganti rugi. Mangsa banjir pun ada sangkut paut ngan kebangangan pehak kerajaan gak. Kitorang x bising2 pun nak mintak duduk kat hotel2. Lu pulak lebih2!! Korang jangan bagi aku pulak yang hangin satu badan!!!

13 comments:

roshaizul said...

sabo sabo bro

akupentoi said...

lek beb..lu ingat dalam cite seniman bujang lapuk..bai tu ckp...lu pny nasib lu makan..dia punya nasib, dia makan..apa salah kita makan sama2...tapi bab yg lebey2 ni mmg gua tak leh nak terima...bila lu nak g belasah?leh gua join.....heheheheehe

fazadilla said...

haha...ayat memang best :P
tapi kesian jugak kat diorg kan:( ..iiskkk...

aLYaNuR.. said...

harap jgn kita lupa diri..syukur atas kurniaanya..semua atas ketentuanya..ada hikmah di sebalik kejadiaan..

azuwan said...

tau xpe..dh kaye pn nk mintak pampasan...wat umah kt bukit boleh...bak cni duit korang aku beli rumah flat kt pantai dalam..nk sgt dok tmpt tinggi,dok la umah flat..tinggi pn tinggi..dkt ngan bandar..xcukup ke..tanah runtuh pn xde..paling busuk pn lif rosak..gne tangge bleh exercise..

ita.itu said...

ngeri ek bila ngk kat tv,,,drg lagi la.trauma sepanjang hayat ek

Shahrulrock said...

Aku dan Sesuatu...
Saudara, saya juga menggunakan tagline yang sama..Aku dan Sesuatu untuk blog saya, http://shahrulrock.blogspot.com
Mohon maaf jika terdapat persamaan, tetapi yang penting kita membawa isi dan pemikiran masing-masing.
Saya juga kurang pasti, sama ada saudara yang terlebih dulu menggunakan tagline ini atau saya yang dahulu menggunakannnya.Tiada niat saya untuk menggunakan tagline yang sama.Apapun, saudara menggunakan Akuandsesuatu sebagai laman blog, sementara saya menggunakan Aku dan Sesuatu sebagai frasa pengenalan blog saya.Kita mungkin serupa, tapi tak sama.
Saya suka dengan tulisan saudara.

pemikir lapuk said...

umpama mnolong babi tspit...
erk...sry..saipu tu sapa?..yg kena liwat tu ke?....hehehehe

zairi said...

roshaizul:
sabo jugak la ni

aku pentoi:
makan sama2 bleh terima lagi. dah dia plak makan lebih dari aku? saje nak makan kasut aku la tu...

fazadilla:
memang kesian kat diorang. tapi diorang buat kita x kesian kat diorang.

alyanur:
ya betul. Insyaallah...

azuwan:
hahaha...ko pun dah naik hangin?

ita,itu:
dugaan dari Tuhan kat diorang. kat kita belum tahu lagi.

shahrulrock:
secara kebetuilan je ni. itu pun baru lepas layan lagu xpdc-aku dan sesuatu. terus memblogging. saya rasa sedara yang lebih dulu guna tag line ni. x de hal la tu. saya pun baru lepas menjenguk blog sedara.

erk..orang sastera ni.

pemikir lapuk:
hahaha...babi tersepit? kok tau dek diorang ni, bertalu2 lu kena sondol ni.

pemikir lapuk said...

pduli apa aku..ko kasi je phone aku kt dia org...seronok sgt aku nak jumpa dia org tu..hahaha

zairi said...

pemikir lapuk:
diorang tu memang x tau dek untung.sampai kan jeneral ATM pun kecik ati ngan perangai dorang.terima kasih pun tadak.jom kita rumble diorang!!!

pemikir lapuk said...

kena pdato aku..baru dia org tahu dia org tu..bmasalah mtal...hahahahaha

Umialia said...

kebanyakan yg kamu tengk tu ,palsu belaka.
wartawan tak dpt berita,mereka tak nak di interview so apa lagi yg boleh buat berita?provokasi
lelaki yg mengamuk tu turut ada sama semasa perempuan tu komplen tapi lelaki tu cover dgn cap muka dia.
dia tu tak la kaya ,takat duk kat oakleaf je.
seharusnya anda di ruangan ni,ambil kesempatan menjenguk tpt tragedi baru dapat gambaran sebenar.
duduk di htel bukan free,mereka adalah CEO/GMD maka selayaknya company mereka bg free n Hotel D Palma bg diskaun n kerana hotel tu milik kerajaan negeri Selangor.

Penduduk yg musnah rumahnya -banglo -mana yg beragama islam adalah ahli masjid cth Dato Engku Farid.
tak miss subuh ,maghrib n Isyak
Begitu juga TKPN-so humble .dtg masjid dgn Proton Saga versi pertama dia tu .hinggakan masa trajedi tu,dia dtg utk solat maghrib ,staf bawahan tak kenal dia.mujur yg berpaku still cam.
secara tak langsung juga , mereka yg bertugas turut berjemaah.
itu antara cth.
Kariah ni amat memakmurkan tadarus, silalah ke Masjid Ad-Diniah ni.saksikan beberapa kumpulan tadarus. and u'll be surprise yg mereka ni adalah org besar2. n bercampur dgn org takda apa2 tanpa rasa kekok
Kalau ada yg kata 10 thn dulu surau ni cuma ada imam , bilal n makmum sorang dua -memang tak dinafikan .
pada tempoh tu ,penduduk ni gi ke Masjid Ar-Ridhuan.
selepas dua tahun tu,mula makmur n berterusan hingga kini .
Pada hari aidil adha,korban dibuat dengan sgt sistematik, cuma tahun ni dibuat di Ar-Ridhuan kerana trajedi tu.
Tahun lepas shj 17 ekor n dibuat di Masjid yg baru di Bukit Utama.
Masjid Ad-diniiah ni adalah surau bertaraf masjid-boleh solat Jumaat.
Tahun ini 15 ekor n kerana trajedi tu tak dapatlah dibuat di BA ni.
Silalah datang bertamu pada Eidul Adha akan datang.
Meriahnya suasana macam ada kenduri sementara korban di lapah

Wallah hu'alam