03 December 2008

Oldskool tuu...

Skang dah tiba musim tengkujuh. Belah2 negeri Pantai Timur dah mula banjir. Angka korban kematian mangsa banjir dah mula meningkat. Tiap2 tahun pun macam tu jugak berita nya di ulang siar. Walau pun diorang ni dah berpengalaman dengan bencana macam ni, tapi masih lagi ada yang berpesta air. Masing2 x ambik iktibar dari kejadian yang telah berlaku pada sebelum nya. Para penjaga macam x ambil kesah terhadap anak2 diorang tengah seronok terjun tiruk. Bila dah hilang seorang, baru la nak kucar kacir mintak pertolongan. Daripada misi menyelamat mangsa banjir, dah jadi misi menyelamat mangsa lemas. Sedih kehilangan keluarga x sama ngan sedih kehilangan harta yang x bernyawa.

Perkara yang x diduga ini terjadi jugak akhir nya kat keluarga aku pada penghujung tahun 2006. Taman perumahan di belakang stesen kretapi Gemas tu tinggal nampak bumbung je. Tu pun jiran yang begitau dan lebih nya aku tengok kat berita TV3. Time tu Mak+Ayah aku dok kat umah aku kat seremban. Rancang nya nak beraya ngan sedara2 untuk 3~4 hari. Kesudahan nya setahun diorang dok ngan aku. Semua harta benda memang x sempat nak selamat kan dah.
Selepas di beritahu banjir dah surut, kitorang pun gotong royong membersihkan keadaan rumah. Bukak2 pintu rumah je, tengok dalam dah macam kena rompak. Tunggang langgang dia punya posing. Peti ais yang berat tu sedap2 je landing atas meja mekap akak aku. Bau busuk lendir toksah cakap la. Dah serupa bau kandang babi pun ada.

Ya. Memang sedih sekali jika kehilangan benda2 berharga yang x sempat di selamat kan. x mungkin lagi aku akan dapat ulang kaji siri Alam Perwira pada setiap kali aku pulang ke rumah Mak+Ayah aku lagi lepas ni. Tada lagi cubaan untuk mengaktif kan aura pedang kayangan untuk aku berhayal ke kayangan. Tiada lagi laungan syurga meragut lalang. Termimpi2 aku ngan si Ji-Fat tu.Haih..

6 comments:

apek terror said...

nasib gua nyer selamat..haha

pemikir lapuk said...

wakil2 rakyatpun sampailah..bila air dah tinggal aras lutut....hehehehe

fazadilla said...

sedihnya cerita Incik zairi :(
tapi yg x bestnya...alam perwira tu yg nak diingatkan...cessss....

@tune® said...

dugaan betul la...

azuwan said...

ape barang Alam Perwira..Anak-anak Wira la..Hikmat Api Pheonix Juara..haha..

zairi said...

apek terror:
jaga elok2.ada value sok tu. hehehe...

pemikir lapuk:
itu pun stakat terjengket2 je datang jenguk...

fazadilla:
lama aku kumpul komek tu. dari harga $1.20. '$' ye, bukan 'RM'.

@tune@:
coba'aan...

azuwan:
aku kumpul ikut group aku. masing2 kumpul masing2 punya taste. pastu tukar2 baca. x larat nak beli suma skali. time skolah dulu mane ada duit sangat. thehehe...