Dan hari ni jugak Mak aku secara rasmi jadi penghuni tunggal kat rumah Gemas sana. Mak aku cakap dia pun x lama nak tinggal sesorang kat sana. Kalau Mak aku reti drive, kira boleh sangat lagi lah. Last Mak aku drive masa zaman black dog bone dulu. Nak suruh Mak aku belajar drive balik? Dia lebih rela jalan kaki dari Gemas nak ke Seremban ni.
Bulan 4 ni Mak aku daftar masuk sekolah pondok kat jenderam. Sekolah pondok moden yang ada stakat ni. x macam sekolah pondok yang penah aku duduk dulu. Siap ada tukang masak dan ntahapekebenda lagi lah yang ada. Yuran stakat RM200 je bulan2. Ada jugak ajak Mak aku sama tinggal dengan aku, tapi Mak aku cakap dia nak belajar agama sampai sudah dia kat situ. Rumah akak aku? dia x selesa dengan abang ipar aku tu. Lepas dia dengar ada orang cakap2 belakang tiap kali Arwah+Mak aku tido rumah dia, terus dia lebih selesa dengan rumah aku.
Bagi aku x berapa zalim aku tinggal kan Mak aku kat sekolah pondok tu kalau nak dibanding kan aku tinggal kan Mak aku kat rumah orang2 tua. Aku pun akan ikut jejak Mak aku jika umur aku panjang. InsyaAllah...

6 comments:
aku dulu slalu kaco bdk2 poli kat tmn cempaka tu..
eh, mana cerita makcik ko tuh? ni kena betul tunggu 44 hari ke?
akupentoi:
dok kacau awek tu memang biasa.tapi dok mengepow ni yang bikin buat leceh tu.
roshaizul:
hahaha...x de la.saje je kasi saspen.
aku igt ..thn depan aku nak duk podok juga......rasa2 aku tk lama lagi aku ni...
abgeldof:
dah x lama dah tu.arwah ayah aku cakap,sblom kluar rumah,kasi kuis2 kat rambut tu.kalau x dengar bunyi kuis2 rambut tu,kasi relek jangan kluar rumah.tu petanda2 2 jumaat lagi la tu.agak je laaa....
Kampung ko gemas ke..aduyai...aku rajin g segamat..hehe..lgpn awek aku praktikal kt sekolah gemas.
Post a Comment