13 January 2009

Sambungan siri HORROR makcik aku dalam blues.

Sementara atuk aku tinggal kan aku sesorang kat dalam bilik, aku x berapa dapat sangat nak tido. Macam2 suara berbisik2 kat telinga aku. Ntah ape yang di cakap kan pun aku x berapa nak tangkap. x lama tu aku dengar ada bunyi benda jatuh kat atap betul2 atas bilik tido aku tu. Serentak time tu jugak suara bisik2 tadi sudah tukar jadi suara mengilai2. Dah jadi lumrah budak x cukup umur, asal takut je terjerit. Aku pun menjerit panggil atuk. Atuk ngan makcik kucar kacir masuk dalam bilik aku. Walaupun aku citer kan yang benar, diorang cuma anggap kan aku memang demam panas tahap merapu. Aku tau diorang pun takut sama. Saje cover line.

x ingat aku dah berapa lama lepas tu, makcik aku pulak menjerit dari bilik dia. Aku dengar atuk berlari ke bilik makcik. Makcik aku cakap dia nampak mayat berbungkus dengan kain kapan kat hujung katil tengah dok perati kan dia. Macam citer suster ngesot pun ada gak la cara dia dok cuba bangun dari lantai. Atuk aku dah x sedap hati. Dia suspect ada orang dengki dengan kitorang. Aku syak mesti ada kena mengena dengan pinangan makcik aku sebelum2 ni. Tapi ape kena mengena dengan aku? Bila masa pulak aku ada tolak pinangan orang? Dah gian sangat nak kawin dengan aku? Malam tu kitorang tidur satu bilik dengan atuk. Katil muat2 untuk aku dengan makcik aku. Atuk aku jeling2 kan dia suruh tido kat lantai. Aku belum sunat lagi masa tu. Bemakna aku layak untuk tido dengan makcik aku. Baru nak sepam dua, sekali lagi ada bunyi bising kat dapur macam ada orang tengah selongkar pinggang mangkuk+periuk belanga. Aku dah cuak. Atuk bangun sambil capai parang yang terselit kat dinding dan terus kedapur. x hingin aku nak ikut sama. Tunggu punya tunggu, x lama tu atok muncul dan cakap suma sisa makanan dalam plastic sampah yang kitorang makan tadi dah kena makan kat sapa ntah. Pastu ada bau busuk+hanyir. Makcik dah mula nangis+takut. Aku pun follow skali dia punya nangis+takut. Malam tu kitorang x tido. Lambat sangat nak tunggu ke siang. Kengkadang dengar ada benda berjalan-jalan kat atas atap dan kengkadang ada benda yang mengetuk-ngetuk kat tingkap. Kitorang layan kan je. Atuk x sudah2 mengaji. Aku stakat baca Bismillah je la yang aku hafal. Tapi cam tu jugak benda tu. Memang tahap yahudi punya jembalang tu. Degil nak mampos.

Besok tu aku sedar2, atuk+makcik tengah tanam suma pinggan+periuk yang kitorang guna semalam. Memang busuk bau dia. x lama lepas tu brader cikgu tu datang. Atuk pun citer la dari A~Z pasal malam tadi kat dia. Brader tu bawak aku jumpa dokter. Memang badan aku panas. Makcik aku pulak x de pape yang sakit. Saje mengada2 nak jerit2. Brader tu cakap kat atuk nak bawak kitorang berubat cara lain. Berubat kat ustaz cikgu skolah dia lepas isyak malam tu. x sempat nak tunggu malam, lepas solat asar atuk mengadu yang dada dia sakit. Atuk terbatuk-batuk dan dengan tidak semena-mena darah tersembur dari mulut dan hidung atuk. Aku dah cuak giler. Nasib baik brader cikgu tu x balik lagi. Atuk aku tengok dah lembik. Walaupun badan aku rasa panas lagi, tapi aku rasa dah bertenaga nak di banding kan dengan semalam. Menjelang waktu maghrib keadaan dah semakin teruk. Batuk atuk semakin menjadi-jadi. Darah masih lagi mengalir dari hidung dan mulutnya. Badan aku dah mula rasa seram-sejuk. Aura puaka nyang rapik dah datang. Ada masanya aku nampak muka masing2 dah macam band slipknot. Muka atuk paling ngeri kena pulak aku nampak darah keluar dari hidung+mulut atuk. Suara makcik aku dengar nyaring sangat. x macam suara ella langsung. Mata merah tersembul keluar. Terus aku hysteria. Brader tu peluk aku sambil baca ayat kursi. Kira boleh la kasi aku senyap kejap. Makcik aku pulak x abis2 cakap rumah bau kapur barus. Ntah cemana bau kapur barus pun aku x tau la masa tu. Makcik aku ada nampak lagi mayat kat dalam bilik dia tengak nangis dok pandang dia. Brader tu pun terus baca ayat-ayat Qur’an. Punya lah kucar kacir dengan bunyi bising kat dapur dan kat atas atap, brader tu terus laungkan azan. Terus senyap cilakak2 tu suma. Terus brader tu suruh kitorang bersiap nak kerumah kawan dia kasi berubat sementara brader tu pegi pinjam kan kereta kat jiran sebelah. Dekat 3 minit jugak la jarak jiran yang terdekat kalau naik moto. Ni la rumah pusaka Arwah Atuk belah arwah Ayah aku. Amacam? horror x? dah x sesapa nak duduk dah. Cuma pakcik aku je hari2 datang dok baca surat khabar kat dalam rumah tu. Kalau masuk dalam rumah tu,macam2 ukiran lama ada. Ukiran naga yang paling cantik kat dalam pintu tengah.

Panjang siot citer ni. Besok2 aku sambung lagi lar…

11 comments:

ab geldofg said...

aku smbung smpai tiga kali je...kalau ko smbung lebih dari tiga...aku bunuh ko...hahahahaha

Kikuri said...

Sambung lagi? Perghh! Panjang bebenor ni....

Firol Fizoku said...

haduhh.sambung lagi......

@t00neY r00neY® said...

pergh...
ni da tahap cerite seram mistik nih...
gua plak seram...

lu ade tya bini lu x?adekah die yg hantar hantu mase lu demam tuh?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

la....kat dlm entri lu yg ini pn ada pemikir lapuk....tk kn lu tk perasan lagi kot??

zairi said...

abgeldof:
kali ni memang x dapat sampai 3 kali. mau kena dekat 8 kali ada ni.

kikuri:
memang panjaaaaang....

fizoku(bape banyak nama la kau):
biasa laa..citer episod ni memang cam tu.

@tooney rooney@
gua pun x kenal lagi dia tu.

akupentoi:
lu jangan macam2...gua tau lu memang banyak nama.lu dah buat gua horror pulak dah ni.

azuwan said...

memang niyang rapik btol la ko ni...xsabau aku nk tgk tok dalik kne balik ngan ust amirul tu..haha..

Axl said...

huh! tak seram langsung citer ni..
tapi...........naik bulu roma irama aku biler tengok ghumah klasik tuh..iskkk

zairi said...

azuwan:
ko pun layan citer tu? mamat yg jadi ust amirul tu x kacip langsung jadi ust.

axl rose:
memang atas bukit beb. belah kanan tu kawasan perkuburan wakaf famili kitorang.belakang bukit+kebun getah x bertoreh lama dah.

apek terror said...

sekuel2 eh brother...hehe...

zairi said...

apek terror:
kengkadang cuba2 jugak buat stail preason braek punya sekuel.