05 January 2009

Hanya dengan izin Allah...

Malam ahad lepas,famili aku buat kenduri Tahlil untuk Arwah Ayah aku dan doa selamat untuk adik aku. 11hb ni dia akan melebar kan pengetahuan dia yang semakin sempit sebab dah setahun x usik satu haram jadah sebarang buku ilmu. Arwah Ayah aku pesan selagi x dapat title IR kat depan nama dia,jangan harap aku nak kawen kan dia. Sebarang wanita yang ingin memperlakikan adik aku akan di buat pemeriksaan serta kajian sehingga 3 keturunan setelah di berkuat kuasa.Arwah Ayah aku dalam kenangan muda2 dulu dengan awek dia. Mak aku laaa...Tengah drive nak pegi ziarah kubur Arwah Ayah aku.Ya Allah Ya Tuhan ku. Ampun kan lah setiap dosa2 ayah ku, permudah kan lah seksaan kubur terhadap ayah ku serta tempat kan lah ayah ku di kalangan orang2 yang beriman. Amin... Adik aku ambik Marine course kat PUO. Senang x payah sibuk2 pikir nak cari kerja lepas abis grade.Seminggu sebelum Arwah Ayah aku meninggal.

12 comments:

ab geldofg said...

al ftihan utk arwah

roshaizul said...

marine? good course. memang student cemerlang yang masuk kos tu. tapi, situasi kerja tak lagi macam dulu. dan lagi, banyak cabaran kos perkapalan ni, bukan halangan pembelajaran, tapi halangan oleh sistem. so, adik ko kena bersedia mental dan fizikal. jangan nak peluk batang pokok jer. huhuhuhuhuhu

zairi said...

ag geldofg:
sama2 kita menginsafi atas pemergian mereka.tq bro.

roshaizul:
aku pun risau gak ngan adik aku ni.pasal akedemik aku yakin ngan dia, tapi tang mental dan fizikal tu yang aku risau.ape kebiasaan yang perlu dititik beratkan untuk studen yang ambik course ni?

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

percayalah...kematian itu adalah benar..

roshaizul said...

paling mencabar time praktikal. kena pulak praktikal atas kapal, mau 2 tahun adik ko praktikal. ada jugak kes student tak balik mendaftar poli lepas habis praktikal, sebab dah syok keje atas kapal.

dan lagi, lecturer poli ni tak macam lec universiti. ganas2 skit la nanti tok guru adik ko tu.

dan lagi, kos kapal dia ada style macam askar skit, disiplin kena tinggi, ye la, nak keje atas kapal, hati mau teguh beb, tak bleh lentok2.

actually, susah jgk sekarang student kapal puo nak dapat keje dengan MISC sebab MISC dah tak joint venture lagi dengan poli selepas petronas ambil alih MISC. Tapi, prospek keje dengan kompeni oversea masih ada lagi.

Selain tu, adik ko boleh juga keje kat yard (limbungan), repair kapal, buat kapal.

Kalau dah tak boleh keje dalam bidang perkapalan, adik masih boleh lagi keje dalam bidang kej mekanikal yang lain, sebab basic kos kapal ni mekanikal, so adik ko akan ambil juga subjek2 mekanikal yang umum.

zairi said...

roshaizul:
owh..kalau pasal lec ganas2 adik aku maintain lagi.dia dah biasa ngan latihan askar2 ni kat skolah dia dulu.aku tengok dia punya sijil askar pun lebih maju dari aku.

adik aku ambik kejut.marine 3thn.praktikal 2thn tu bila?syok sangat ke atas kapal?

sblom ni adik aku penah apply alam.tapi x dapat.kawan dia yang kurang cerdik dari dia pulak yg dapat.bemakna lepas kluar poly,x dapat lagi la diorg apply keja alam?

kalau nak ambik title IR kena keja 6thn dulu.baru sambung ambik IR.kan?

fazadilla said...

hye zairi..alfatihah utk arwah ayah awk..semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

apek terror said...

adik lu marin pUO...tanye dia kenal amy tak?

zairi said...

fazadilla:
amin...tima kasih.

apek terror:
hooo...mane lu pegi?ingat kan dah kena pancung ngan abah lu pasal lu lepas kan kambing korban tu?

adik gua baru nak daftar 11hb ni.amy tu sape?cuba detail kan sikit si amy tu.mane la tau bleh cover adik aku pulak sok.

mozabas said...

salam.
Adakah anda seorang yang prihatin. Bantulah anak kecil ini. Sila ke http://www.mozabas.com untuk selanjutnya. Terima kasih.

roshaizul said...

kalau ikutkan, praktikal 6 bulan jer. tapi bebudak kapal ni kadang terlajak jadi 2 tahun. ye la, kapal ronda dunia, takan la sebab sorang diorang nak patah balik msia

pasal alam, aku tak pasti. tapi, mostly bebudak marin akan keje dengan sykt perkapalan, samada belayar atau dekat yard

nak buat IR kena ada mentor dalam bidang ko. Mentor ko akan memantau ko dalam tempoh 3 tahun! tapi, sebelum tu kena daftar jadi ahli BEM (Board of Engineer Malaysia). Kalau tak silap aku la...

zairi said...

mozabas:
aku tambah sikit.budak kecik tu adalah anak sedara belah wife mozabas ni.

roshaizul:
terima kasih bebanyak bro.ada untung nya kita kat alam maya ni.