AKU  DAN  SESUATU

24 February 2009

Hari yang sunyi

Masa aku darjah2 dulu, sebelum mak aku pegi keja opis kat pejabat felda, sambil mak aku sediakan makanan tengahari untuk aku nak ke sekolah, aku cepat2 kemaskan katil, bukak tingkap, ikat langsir trus cepat2 mandi gosok gigi. Lepas suma kemas rumah dah siap, sambil peratikan mak aku pegi keja drive ford excort, aku cepat2 lari ke ruang tamu duduk kat satu kerusi. Selalu nya aku akan stay x bergerak dari pukul 8 pagi tu sampai la arwah ayah aku balik dari menoreh pukul 11 lebih. Aku memang takut nak bergerak. x tau apsal. Akak aku, arwah ayah aku hantar dia pegi skolah sebelum nak ke kebun. Akak aku shift pagi. Aku shift petang.

Time tu jangan ada something je sentuh dinding rumah aku tu walaupun sekor kucing tengah mengerang cuba melepas kan diri dari dinodai. Mula la aku cuak sampai nak menangis. Sebelum skolah dulu, boleh la mak aku tinggal2 kan aku kat jiran2. Dah start skolah ni mana boleh lagi dah. Kang ntah bila sesapa nak nak jemput aku, ntah bila aku nak ke skolah. Maka, mak aku didik aku tinggal sesorang sejak dari darjah 1 sampai aku masuk asrama darjah 4. Darjah 4 memang warden puji aku kat mak aku pasal aku x banyak karenah di tinggal kan oleh ibu-bapa.

Ada ntah bila masa hari nya, aku dah janji kat satu kawan jiran belakang rumah aku untuk main2 hiburkan diri sementara tunggu arwah ayah aku balik dari menoreh. Dah boring jadi takut sorang2 hari2. Lebih kurang pukul 8 lebih tu, ah yaw pun dah terpacak kat tangga panggil nama aku. Budak cina dia ni. Yang aku ingat, dalam ramai2 budak2 kat blok rumah aku tu, aku je yang paling rapat dengan dia. Rapat x rapat sangat la. Kalau pegi mandi air tembetung tu memang x ajak dia la. Rasa geli bercampur dengan air mandi dia. Hehehe. Diskriminasi.

Mandi air tembetung best beb. Kaler teh tarik .Masa tu kepala otak ingat tu dari sumber air sungai je. Pada hal dah besar2 ni, baru nampak tu suma dari rumah masing2. Terminum jugak la kalau sekali pegi mandi tu. Ahhh...kira halal la dah lebih dari satu kolah kira nya tu. Kalau nak lagi best boleh terjun tiruk sambil beramai2 sampai masing2 x kenal satu sama lain, kitorang pegi kat satu kebun getah ada satu tembetung basar yang luas. Kitorang panggil sungai kadiron. Still kitorang panggil sungai. Mungkin pakcik kadiron punya kebun barang kali. Penah sampai ada kematian lemas kat situ. Terus aku x pegi mana2 tembetung lagi dah lepas tu. Tu suma xtviti petang lepas sekolah antara darjah 5~6. Kitorang budak2 felda mane tau lagi pasal swimming pool ni.

Bebalik pasal si ah yaw tadi. Kitorang x merayau2 mane2 seperti anak jiran2 yang lain sibuk melastik burung atau pun lumba lari sambil pukul tayar motor pakai ranting kayu. Memang aku x penah pun main benda2 macam tu walau memang dah terniat sebelum nya. Aku selalu main tepuk daun terup atau jentik tudung oren atau main batu seremban je. Main tulen pun x penah. Dengan dia la aku merubah jadi x berapa takut untuk berseorangan. Dia la peneman aku waktu pagi.

Satu hari tu dia dah terpijak anak ayam kaler kuning kesayangan aku semasa kitorang main kejar2 anak ayam. Memang menangis giler2 aku time tu. Sebab aku syak ayam tu akan jadi kaler kuning bila dah besar sok. Giler ko. Mana nak cari ayam kaler kuning sekarang ni? Ah yaw pun dah cuak giler tengok aku nangis. Sambil pujuk2 aku dengan ntah ape yang dia merepek kan dengan loghat cina dia tu, dia terus lari balik rumah mintak rm2 kat mak dia kasi ganti untuk anak ayam tadi kat aku. Sambil tersedu2 aku simpan rm2 dia terus aku gali tanah kasi timbus anak ayam tadi. Siap aku letak ranting 2 batang kasi penanda kubur x kasi langkah.

Sejak dari hari tu, kitorang dah kurang beriadah. Aku syak mak dia x kasi atau kurang kan berkawan dengan aku. Masuk sekolah menengah, aku dah x jumpa2 dengan dia. Lagi pun aku skolah asrama. Kitorang pun dah pindah ke Gemas. Ntah mana mak+ayah dia skolah kan dia pun aku x penah tanya. 2 tahun lepas masa arwah ayah aku ada, aku ada singgah kat rumah ah yaw ni. Arwah Ayah aku baik dengan ayah ah yaw. Dah tentu jiran satu blok. Ah yaw skarang ni pun dah menetap kat JB kerja ulang alik ke singapore bisnes ikan. Anak dia dah masuk 3. Lama sungguh aku x jumpa ah yaw ni. Dia la kawan masa sunyi aku.

Rm2 dia dulu tu mampu bertahan selama beberapa minggu je sebelum aku joli buat beli tikam.

Ni la rumah felda peninggalan arwah ayah aku yang x berapa felda dah skang. Ni dah totally modify dah. Ni design yang ke-5. Aku x suka design ni. Design kali ke-3 lagi menarik. Siap ada porch, tangga, ada bawah rumah main boyan untuk aku ngan akak aku. Kengkadang boleh tengok biawak melintas bawah rumah lagi. Rumah ni dah 1othn lebih x berpenghuni.

16 comments:

@tune® said...

dulu panggil RM ke?
bukan panggil dua ringgit jer?

Anonymous said...

ceh.memula aku ingat cite seram tadi...

lalala

zairi said...

tooney:
aiseh...aku lupa letak tanda $ la.

macha:
ni nama nya citer 'kenangan semasa kecil saya' ye anak2.

wei..memang seram tinggal sorang2 masa kecik2.jarak kiri kanan jiran aku 100m beb. umah aku je yang terpencil kat situ.

jiwa sifar said...

memang ko anak felda..felda ape ek?!..setiap paya atau sungai akan diberi nama..berkubang memang wajib lepas skolah agama.Balik2 rumah basah je rambut...ms kecik2 dulu sume paye kt felda aku,aku dh explore..haha...

zairi said...

azuwan:
huih...lagi degil ko dari aku. best ek bekubang reramai.tapi sesapa dok area sawah2 padi lagi best kot.bleh mandi kat empangan.aku dok felda palong 5 kat area gemas sana.skang felda dah x best macam aku kecik2 dulu.

sutera putih bertukar pink,,, said...

Aku bukan anak felda,,,
tp aku suka mandi sungai,,,
masa kecik2,,,
hehe...

jiwa sifar said...

skrg bdk2 maen games terperuk kt umah..ade hp..zaman2 kte dulu terus gegar umah mber kalo nk g mane2...haha..pengangkutan utama adalah beskal.mmg btol,siapa yg dok area yg ada sawah lg best..sungai pn besar2..aku felda air tawar 5 kt kota tinggi..wpn ko xtny aku nk bgtau gak..haha..

ajako said...

Ha'ah kan zairi, kalau binatang kesayangan kita mati mesti dikuburkan siap pacak kayu dua batang. Dahtu sound budak2 lain jgn langkah. Ntah hape2 ntah...

zairi said...

azuwan:
hahaha...ko naik beskal pompuan tu kan? wei...sekali skala citer ar pasal felda ko plak. nak gak tengok umah felda ko.

ajako:
budak2 punya perangai. itu kira okey lagi tu. kok terjumpa duit kat tanah, siap pangkah tu yang poyo skali tu.hahaha...

jiwa sifar said...

haha..beskal pompuan tu aku dh modified..sembur hitam+tempat duduk bengkok..tp last2 mak aku jual kt pengutip besi buruk sebab dh xde sape gne beskal tu pas aku msk asrama..nnt aku cte pasal felda aku..tgh nk snap gambo je..hehe

zairi said...

azuwan:
chanteek...hehehe...

ajako said...

tang jupe duit tu xpe lg, ade plak satu practice tuh kate kalau dah raut (sharp) pensel, kena tanam, esok pagi jadi duit syiling, heeee menyesatkan. sib baik aku x terpedaya, beli eskrim malaysia perisa asamboi lg sedap.

a.b geldofg said...

puas sudah aku melupakan.....kenangan lalu..........tapi tetap dtg

zairi said...

ajako:
hahaha...aku baru teringat.aku penah simpan dalam celah bulu teks.sampai sudah x jadi duit syiling.cilakak.terpedaya betul aku.terus tahun depan tu aku simpan daun apebenda ntah yang boleh hidup tu.

geldof:
kenangan tetap diingatan.cinta kenangan silam.

ajako said...

oooo, daun pokok setawar kan, x silap aku cikgu sekolah yg suwoh, sampe sekarang aku x tau motif sebenar beliau.

zairi said...

ajako:
haaa...betul la tu daun tu.aku pun x tau motif dia.