AKU  DAN  SESUATU

09 May 2009

Selamat Hari Ibu

Sempena hari ibu besok, aku ucapkan selamat berbahagia pada suma golongan kaum ibu,mak,umie,mama,mummy senang citer yang penah melahirkan anak. Kalau x de dorang, x wujud la kita kat dunia ni. x merasa la bukak blog sindri. x merasa la dapat nama sindri.
Tahun ni aku sambut hari ibu tampa arwah ayah aku. Dah meninggal time ramadhan lepas. Stat tahun jugak la kitorang sambut tampa ayah. x pe la. Ajal maut suma kat tangan Tuhan. Kita yang hidup ni kena terus hidup jugak.

Pada mak aku, aku ucapkan terima kasih x ternilai harga nya membesar kan aku hingga aku jadi orang. Walaupun kecik2 dulu aku penah rasa terkongkong, penah memberontak, penah kantoi curik2 isap gudang garam blakang rumah, macam2 hal lagi la yang ntahapahapentah penah aku buat dulu yang boleh buat mak+ayah aku panas hati kat aku. Bila otak dah upgrade, baru la tau tu suma untuk kebaikan aku jugak.

Paling bagus nya tengah aku sedap2 keja jadi operator jaga kain kat kilang hualon melaka dulu, mak+ayah aku suruh berenti kasi sambung blajar. Memang liat aku nak pegi masa tu. Maklum la baru lepas kluar kan kancil. Duit pun dah sedap pegang. Awek pun mula dah keliling kereta. Minah indon jangan citer ar. Dorang memang terget rakyat tempatan untuk buat batu loncatan status kerakyatan. Aku macam biasa la sebagai maskulin macho. Abis sepah, madu aku hirup untuk mengembalikan tenaga. Eh..aku acah je tu. Mak+ayah aku didik aku baik punya. Aku bela awek aku dari form3 sampai 10thn terus aku kawen. Tu sorang je awek aku x tukar lain.

Kalau x kerana mak+ayah aku didik aku sebaik mungkin, ntah ape jadi la aku skang ni. Ntah merempit atau baru lepas ragut orang tengah mengandung. Hmm..Syukur Alhamdulillah la skang hidup aku ni.Baru2 ni punya gambar. Tudung hitam tu adik aku nombo 3. Tudung putih mak aku. Tudung hijau wife aku yang aku bela sampai 10thn tu. Baju putih tu aku. Dah abis ketat dah muka time tu. Kalau x takut jugak, x tau la nak citer cmana lagi dah. Yang kecik tu anak pompuan aku. 28 jamidul akhir ni, cukup umur 3thn. Selamat hari ibu jugak kat wife aku. Yang buat iklan gigi tu adik aku yang last. Kitorang ada 4 beradik. 2 laki 2 pompuan selang seli. Pandai x mak+ayah aku setting? Yang x de dalam gambar cuma akak aku.

Malam tadi aku terima mesej anak akak aku umur 5thn masuk wad pasal paru2 masuk kuman. Bahaya woo... Nasihat aku kat korang, jangan manjakan anak2 korang ngan ekon siang malam. Tido pakai kipas je.

14 comments:

terrarosa said...

salam ,
aik entri tentang IBU ni,
jom klik blog saya dan cuba menangi tudung untuk ibu anda , serius !

eliza said...

selang seli.. ko punya setting mcm mana pulak? hahaha

slmat hari wesak dan slmat hari ibu...:)

a.b geldofg said...

bukan tdo je kena pakai kipas

kerjapun kerna pakai kipas...

hehehehehe

miss oren said...

buktikan kau seorang yang pemurah dengan mengkenenkan aku ngn adik ko..ops..ter miang plak

zairi said...

terrarosa:
timakasih bebanyak wehh..jangan kecoh2 kan sangat peraduan ni.kalah aku nanti.

eliza:
aku belum berapa nak setting lagi.ko tu tolong la post kan gambir sarawak kat sini.stok aku dah abis arr..hehee..

geldof:
kerja x leh x pakai kipas.nanti sakit jiwa.

oren:
buktikan ko mintak dikenen kan pada setiap komen. hahaha... wei dia budak lepas spm arr..

nuyuljana said...

hee~

gamba suda diupload.

ketat la sangat muka ko!

ha ha.

nota usha2 : kem salam adik bongsu ko! XD

cikceriacorner said...

slmat ari ibu..

joegrimjow said...

wahahahaa
baju england tu
beli bape?

ku dew bnyak ni!!

-sayang mak jugee

@tune® said...

weh...
family planning parents lu baguih la

jiwa sifar said...

hari-hari hari ibu...mari kite pergi Hari-hari..

halym said...

wah! fanatik England rupanya,
kita musuh laa cemni, pasal aku plak sukung Argentina...hahaha

Prof. Era Pasca said...

salam... nak kaco blog kome la... heheh

Bagaimana Tangani isu PERAK


Salah satu caranya telah di siarkan oleh enCYBERBORON dalam blog beliau... baginda tumpang copy... Adakan Pilihanraya Mandotori...



Sah UMNO takut menghadapi pilihanraya. UMNO tak mahu mengadakan pilihanraya. UMNO akan halang semua cubaan untuk mengadakan pilihanraya. Sultan dah tolak permohonan perkenan pembubaran DUN pada 5 Februari. SPR tolak perisytiharan kekosongan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Terkini sidang mee segera Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Zambry Kader untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang dibuat 22 jam sebelumnya. UMNO betul-betul tak mahu diadakan pilihanraya.


Aku terima satu cadangan daripada seorang pemanggil ke telefon bimbit aku sekejap tadi. Cadangan itu sangat baik. Kita boleh dapatkan pilihanraya secara mandatory. Tanpa perlu perkenan Sultan. Tanpa perlu surat perletakan jawatan. Mahkamah pun tak boleh masuk campur. Bagaimana? ..... empat lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) mati!

Kata pemanggil itu "kita dapatkan perkenan Tuhan untuk mengadakan pilihanraya, Tuhan cabut nyawa empat lima ekor wakil rakyat BN, terutamanya yang melompat-lompat tu, apa lagi yang boleh menghalang diadakan pilihanraya?"

Doa orang yang dizalimi akan dimaqbulkan Tuhan. Rakyat Perak telah dizalimi dengan dahsyat sekali. Bahkan sebenarnya seluruh rakyat Malaysia dizalimi oleh UMNO-BN. Mengapa tidak kita manfaatkan tawaran 'maqbul' doa orang yang dizalimi itu?

Apa kata kalau secara serius dan besar-besaran seluruh umat Islam bermunajat dan solat hajat setiap hari secara berterusan memohon secara specific agar Allah cabut nyawa empat lima orang ADUN BN. Orang bukan Islam pun boleh berdoa juga kerana mereka pun sama dizalimi. Majlis munajat dan solat hajat itu diadakan beramai-ramai di masjid, surau dan markaz. Munajat dan solat hajat secara individu juga dilakukan di rumah masing-masing.

Macam mana? Salahkah cara begini? Nabi Muhammad SAW pun berdoa agar musuh Allah yang memeranginya dihancurkan oleh Allah SWT. UMNO sememangnya musuh Tuhan. Mereka memusuhi keadilan yang diwajibkan oleh Allah. Mereka memerangi hak rakyat. Mereka menentang keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Mereka anti sistem hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Tak bolehkah kita mendoakan supaya musuh-musuh Allah itu dibinasakan? Kalau UMNO tak puas hati kerana mereka dilabelkan sebagai musuh Allah, itu hak mereka. Kalau UMNO tak puas hati kerana kita mendoakan ADUN mereka mati, itu hak mereka. Kalau mereka yakin doa kita itu tak akan dimaqbulkan Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka percaya bahawa mereka bukan musuh Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka nak kata bahawa kitalah yang memusuhi Tuhan, itu hak mereka. Kalau mereka pun nak berdoa supaya kita pula dibinasakan oleh Tuhan, itu hak mereka. Buatlah.

Majoriti besar ulama' tempatan dan ulama' seluruh dunia mengakui UMNO zalim. Kecuali dua tiga kerat ulama' UMNO yang hidup semata-mata nak cari makan. Majoriti cerdik pandai tempatan dan antarabangsa mengesahkan UMNO zalim, jahat, melanggar undang-undang, merosak demokrasi dan rasuah parah. Krisis rampasan kuasa negeri Perak hanya cebisan kecil daripada amalan kesyaitanan UMNO yang maha mega.

Kalau kita (penyokong PR) tak dapat mencari hujah untuk menolak keabsahan dan kewajaran cadangan pemanggil itu, maka eloklah kita gerakkan majlis munajat dan solat hajat bermai-ramai itu secara serius. Setiap individu penyokong PR juga bermunajat dan solat hajat setiap hari di rumah masing-masing. Siang dan malam. Mohon kepada Allah secara khusus. Minta matikan lima orang ADUN BN (termasuk ADUN bebas) supaya pilihanraya kecil dapat diadakan.

Posted by Baginda Reformasi at 5:57 PM

zairi said...

nuyul:
jangan kawan ngan adik aku.dia playboy.abang dia je baik.

ez:
slamat hari ibu jugak.

joe:
tu baju sponser.hahaha...

atun:
aku nak blaja.tapi aku x tau cmana punya soklan nak soal.

azuwan:
pasaraya hari2 ke apa tu?

axl:
argentina?wuii..lagi advan ni.

baginda reformasi:
aku memang benci politik.pasal kat perak tu memang aku simpati sangat kat rakyat diorang.kengkawan aku pun ramai dari perak.umno tu dari dulu memang suka main kotor.rasuah mana2 pun ada.sebenar nya banyak aku nak begitau kat sini pasal suma parti2 malaysia ni.tapi aku x nak pasal celupar menaip,kang x pasal2 masuk ISA apekejadah nya tu.aku bukan orang senang sangat pun nak jolok diorang kasi lepas kluar.

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

huhu...slamat utk aku...