AKU  DAN  SESUATU

02 July 2009

Kesah Honda Wave Abang Ipar saya

Hujung bulan lepas, ahad itu hari la kira nya. Aku bermalam kat rumah akak ipar aku kat bangi. Ahad besok tu, sorang bekas bohjan dah nak kawen kat puchong. Kawan aku masa blajar tinggi2 dulu. Memang cukup bohjan dia tu. Bekas bakal awek aku pun dia nak kebas. (x sempat nak buat awek angkat, tekantoi gambar awek dalam wallet) Last2, itu hari dia kawen ngan awek lain.

Sebelum nak cecah tengahari, lepas sarapan aku mintak pinjam moto abang ipar aku untuk sessi lepak kat kedai hardware sepupu aku kat area teras jernang sana. Sambil capai helmet, abang ipar aku kasi sikit taklimat ciri2 keselamatan motor honda wave 100 dia. Paling aku ingat moto tu x leh start pakai tendang. Kena pakai auto starter yang kena picit2 terus start tu. Yang lain aku x berapa bleh ingat pesan dia. Pasal nya aku kena tapau pakai duit aku dulu nasik lemak 2 bungkus, rokok nusantara 1 kotak, kuih bermacam ragam 2 hengget.

Sessi melepak kat kedai tu sampai 11.30am. Kawan aku dari kl sana dah call nak tunggu aku kat petronas tol sungai besi pukul 12.30pm kang. Ajak berkonvoi la lebih kurang. Wife aku pun dah call suruh balik kena bersiap. Sebelum sampai rumah, sebagai seorang peminjam moto, perlulah kita mentapau balik minyak moto yang dah digunakan tadi. x baik pakai macam tu je hantar dengan minyak santak kat tiang E.

Lepas letak rm3 kat kaunter, aku dah mengalabah. Aku carik2 lubang kunci kat body motor tu x jumpa. Carik kat blakang nombor plate pun x de. Kat belah depan seat style moto lama tu pun x jumpa jugak. Aku dah melilau kiri kanan carik mat2 rempit tengah isi minyak. Sekor pun x dak. Time ni la dorang sibuk2 isi minyak pakai kereta. Kereta dah 2 bijik beratur blakang aku.

Nak x nak, tepaksa la aku gagah kan diri panggil awek cashier mintak tolong carik kan orang yang bleh bukak kan seat moto aku tadi. Lagi cilakak!! pekerja lelaki belum masuk lagi. Bangla ada la. Dengan ramah nya awek tadi pegi kat moto aku buat sound check.
***********************************************************************
Pengajaran yang kita belajar hari ini ialah:

1) Pasang visor gelab tahap jpj saman kat helmet masing2. Kalo jadi pape macam ni punya kes, muka bleh cover lagi.

2) Sentiasa pelbagai kan menunggang moto. Tukar2 dengan jiran tetangga. Jangan naik ex5 je hari2. Moto lain suma dah maju wei!!

3) Ingat pesan owner. "kunci nak open seat kat main switch tau".

10 comments:

Mak Jemah said...

muahaha..kalau aku sumpah aku cabut kepala letak dalam basket moto..betapa engkau telah memalukan diri sendiri dengan jayanya..nampak sangat moto pinjam..

nuyuljana said...

hahahaha.

walaweh!!!

malu gilew!

kompem orang taw ni moto pinjam!

@tune® said...

sib baik die xkate ko curik moto tuh

wa stomek said...

bohjan....? kasi terajang jak..

zairi said...

oren:
letak kpala dalam basket moto?bunuh diri tuu..

nuyul:
aku begitau awek tu ni moto baru beli.x abis study lagi.hahaa...

atun:
weh..muka suci nii..kulit licin,misai x de,pakai spex,rambut pendek.awek tu siap tuangkan minyak dalam moto aku lagi tuu..

gua stomek:
aku syak ko ni pentoi kan?hahaa...

Anonymous said...

oii...tu bukan bekas bohjan da, tp pengganas!!! tp pape hal pun kawen gak pengganas tuh!kah..kah...kah...

halym said...

huh...aku plak yang terasa maluk baca citer ni wpun aku tak penah jumpa ko...mesti banjir ketiak ko masa tu kan...wakakak

macha_sezs said...

macammana awek tu buat sound check kat moto?

zairi said...

tampa nama:
ni sape ni amdan ke?taruk nama la wei...

axl:
haih..ntah laa..macam2 hal betul...

macha:
kalau kat stage,orang ketuk2 mekropon.awek tu ketuk2 seat sambil selawat 3x.

jiwa sifar said...

bengong la ko ni..jatuh kejantanan ko kt stesen minyak tu.