19 August 2009

Intan ku kesepian

Intan sorang awek yang cun. Tinggi lampai. Kulit cerah. Ramai yang cuba kasi himpit. Sekor pun x dapat. Dengar nya dah ada balak kat skolah lain. Junior2 macam aku memang x dapat can nak ngorat walaupun aku ada kategori yang kukuh nak dapat kan cinta intan. Alaa..tua setahun je. Cacat dalaman x dapat detect. x de cacat aku rasa. Cuma gigi intan je jongang air. Aku x tau cemana punya spisis gigi dia. Kalo senyum nampak macam jongang, tapi x jongang. Nampak macam gigi arnab dia besar, tapi x besar. Serupa macam mata julung air la. Juling, tapi x juling. Hah..macam tu la lebih kurang dia punya gigi. Tapi dia cun woo...Masa batch aku la. Nak main bola tampar pun x payah sibuk2 carik corumn kalo intan ada kat tepi gelanggang. Macam celake je sampai 10~14 kali tukar2 player.

Jodoh intan kat skolah tu x berpanjangan lepas bapak intan kasi tukar kan intan kat skolah lain. Alasan yang kitorang dengar sebab skolah tu banyak puaka. Aku pun x tau cemana punya puaka. Dengar masing2 punya citer memang seram. Tapi x penah pulak kena kat aku. Bagi aku "ahh..sembang lebih je tuu.." Biasa la budak2 hostel suka sangat reka2 citer puaka.

Tapi aku rasa ada satu point yang intan nak tukar ke skolah lain. Itu pun lepas sorang jemputan khas kasi ceramah tentang kebersihan diri kat skolah. Lepas gara2 histeria makin mengganas kat skolah. Bermula dari intan sampai la berpuluh2 band histeria di tubuhkan oleh intan. Memang queen dia kat situ.

Penceramah tu ada tanya apsal pompuan remaja melayu islam je yang manjang kena. Apsal budak2 skolah rendah x kena? Apsal mak2 nenek x kena? Ada jugak yang tanya apsal amoi2 ngan minah2 india x kena? Student lelaki suma fokus kat jawapan. Studen pompuan mula tarik2 tudung ke depan kasi sorok muka. Cikgu2 pompuan mula bangun buat2 nak ke jamban.

"Asal nak buang pad je, bukan reti nak jirus kan air kasi bersih kan balik pad tu. Main campak je dalam tong sampah. Apsal geli sangat dengan darah sindri? Korang tau x? pelesit setan ni suka isap darah? skali dia dah rasa darah korang, selagi korang x pegi berubat, selagi tu la histeria korang tu berbalik2. Setan ni pun pembersih jugak. Dia x makan darah2 orang yang makan babi. Jadi, darah orang yang x makan babi la jadi makanan dia."

Ooo..baru la aku paham. Walau macam x bleh yakin je bunyi dia, tapi ada logik kat situ. Mana kapel yang kapel dia kena histeria, mula la masing2 daring semacam. Makin lama intan pun hilang dia punya fan club. Penceramah tu pun dah x ceramah lagi lepas tu kat skolah aku. Mungkin ada provokasi di situ.

Fuh..sib bek intan x terima cinta aku.

14 comments:

miss oren said...

yeke camtuh..intan oh intan..muka je lawa..

lumut said...

muke cantik,
tp pengotor..
hoho..
xapalah..
mungkin intan tak matang lagi ketika itu..
semoga intan tak salah gunakan kecntikan die tuh...
=)

best lak crite neh..
kasi pompuan2 sedar sikit..

nuyuljana said...

baru aku taw.

setan pun tak makan benda2 berkait rapat dgn vavi.

sejak bila ko jadi typo ni? juling suda jadi julung.

hehe :)

ajako said...

Inche zairi: meminjam kat2 penceramah; "Dia x makan darah2 orang yang makan babi. Jadi, darah orang yang x makan babi la jadi makanan dia." Agaknye tu pasallah H1N1 cuma fatal kat owang Melayu, sbb kita x makan vavi...

Anonymous said...

Intan Ku kesepian........

@tune® said...

patutla aku xpenah kene histeria..

bab² suci dan hadas nih mmg penting dalam Islam...

sbb Islam tuh suci murni..dan bersih

zairi said...

oren:
aku dah rejek awal2.

lumut:
ya..mungkin dia belum matang.

nuyul:
aku pun pelik gak ngan setan ni.

typo? hish..kena tukar lain keybord aku nih.

ajako:
hahaha...lebih kurang la kot.

anoy:
sape ni weh...

atun:
tapi awal2 tahun itu hari punya berita, skolah kat belah pantai timur sana ada budak lelaki kena histeria kan? naik bengong gak kpala aku nak pikir2 kan balik. adakah budak tu kunsa?

Aya Whitetea said...

knapa x cuci ...konpius aku . huhuhuhuhuhu...yek..

soul krasty said...

yup...ni adalah satu sebab..

dasar pengor pny intan...

Umie said...

Aku paling tak tahan bila tukang cuci sekolah aku surrender nak cuci tandas.. tak pepasal kitorang pulak yg kena cuci tandas yg penuh dgn pad.. aku mmg hangin la kat spesis yg taktau jaga kebersihan nih,...huh!!!

Sirah@Cyrah said...

nice blog n article

Anonymous said...

dracula guna pad tu sebagai pack minuman instant dia org.....ha ha ha.

alang

zairi said...

aya tea:
ntah la..x tau nak bagi jawapan cmana ntah.

azuwan:
haih..intan2

umie:
aku lagi hangin kalo tandas lelaki kat pam petronas tutup, masuk2 tandas pompuan, menimbun pad dalam lubang jamban.

sirah:
kunjung2 slalu..:)

alang:
drakula tu spesis amereka. jauh benor pulak nak pegi negeri sembilan isap darah.

日月神教-任我行 said...

走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室