AKU  DAN  SESUATU

22 December 2008

Isu dunia hostel

Korang penah duduk kat asrama waktu sekolah2 dulu? Korang belum cukup indie jika korang belum merasa pegi skolah sama2, study sama2, makan sama2, tido sama2, solat sama2, isap rokok sama2, panjat pagar sama2, main game kat town sama2, pusing helikopter sama2, serba serbi semua sama2 lah... Duduk menyewa dengan kengkawan, dengan duduk satu bilik kat IPT x sama dengan duduk asrama time kat sekolah. Memang banyak dia punya beza. Kalau nak kasi citer memang panjang berjela. Kira aku akan citer dari masa ke semasa la.

1st year kat asrama memang rasa x berapa best selaku junior. Manjang berendam air mata je. Senior pulak ramai yang cilakak daripada yang bepekerti mulia. Kengkadang tu saje je suruh panggil kawan dia dengan nama glamer. Padahal tu nama bapak dia. x pasal2 kena luku kat kepala. Memang cilakak punya gurau. Katil pulak memang x dapat punya nak tingkat atas. Kesudahan nya kat tepi2 cadar tu memang kepam la kat bekas tapak kaki diorang buat lap kaki sebelum panjat kat tilam diorang. Pun memang cilakak jugak ni. Tempat landing lepas balik sekolah x ke lain dah selain kat katil2 tingkat bawah kepunyaan junior2. Kalau usik tilam diorang memang saja nak kena maki la jawab nya. Memang gaya kuku besi cara hidup macam tu.

Towel mandi memang x bleh sangat sangkut kat tepi kepala katil tu. Mana2 junior yang pembersih macam aku ni, selalu sangat la jadi mangsa. Ape ke diorang ni x reti mintak towel kat mak+bapak diorang ke? Locker junior slalu kena pecah bila balik dari sekolah. Selalu nya sesapa yang pakai mangga brand Diamond tu la selalu jadi mangsa. Diorang ni dah macam MacGiver. Walau pun anak kunci x sama gigi, diorang cuma gesek2 kat lubang mangga tu, pastu kang tetiba je ter un-lock. Dulu mana ada kunci Solex lagi.

Kat skolah cuma ada satu public phone. Lepas makan tengahari mula memasing beratur. Rata2 muka junior. Mungkin dah mula rindu nak balik rumah atau ada yang mengadu nasib. Memang aku ada nangis jugak la kalau dengar suara Mak aku kat hujung talian tu. Alaa...budak2 lagi masa tu.

Ada satu hujung minggu tu, famili aku datang lepas dengar aku ngadu kena penampar ngan satu senior. Nangis2 aku sambut Mak+Ayah aku time diorang dah sampai. Kejap je nangis. Dah lepas kena pujuk, baru jiwa lelaki balik. Ayah aku punya la x de sistem lain selain pegi masuk dalam asrama tu jumpa kat budak2 yang tengah dok melayan lagu 4U2C.

"Ni pak cik nak begitau sikit kat semua. Tolong tengok2 kan anak pak cik ni. Kalau nampak dia kena pukul tu, jangan dok tengok je. Kamu semua datang nak cari ilmu. x berkat ilmu kamu jika kamu menzalimi kengkawan..bla..bla..bla.."

Memasing hangguk2 kepala je. Yang aku sakit ati brader yang penampar aku tu pun turut hangguk2 sambil jeling2 risau pandang aku. Aku pun jenis x makan saman jugak time tu. Ada yang x kena kat jiwa aku, kengkadang aku melantun jugak kat senior2 ni. Tapi yang aku ingat benda2 ni terjadi masa awal 6 bulan pertama aku duduk kat asrama ni. Banyak lagi perkara yang aku lalui kat asrama ni. Bagi aku kehidupan di asrama banyak mengubah cara aku melayan kengkawan.

Okeh. Cukup dulu untuk kali ni. Besok2 aku sambung lagi.

12 comments:

@tune® said...

lu nanges gak ke?
gua sapai form 5 pon nages kt asra,a pe...

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

patut la skrg lu dah join hung hing...bleh ganti tempat 'chiken'..

ita.itu said...

aku takut dok asrama..sbb takut kena ragging..hehe

Hashim said...

Ala tu masa junior mesti masa dah jadik senior ko plak yang kenakan budak budak..
Mesti lagi dasyat dari tu ko kerjakan bebudak junior...
Ha Ha Ha

a.b geldofg said...

aku tkda pgalaman duk asrama...so tk indie lah aku?..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aloww bro...sonyap yo..mano entri baru ekau?

Anonymous said...

aku form 1 xkne buli sbb ade backup besar(form 5 & form 3)tp naek form 2 backup2 aku sume dh kne buang so aku dapat menjamah kaki tangan senior cilake busuk hati jahat ...haha..sampai sekarang aku xmaaf dieorg sbb pukul aku atas sbb tak munasarawak..tp aku xdpt pukul junior2 aku sbb aku slalu tdo awl..waktu-waktu belasah junior adalah 2 3 pagi ke ats..hehe..

zairi said...

@tooney rooney@
sampai form 5 lu nangis? junior buli lu ke? ni mesti manja sangat ni.

aku pentoi:
hung hing...hahaha...chicken backup besar tuu...brani bunuh orang je nak ke tahap chiken ni.

ita.itu:
lu memang x indie langsung. best woo dok kat asrama ni. x merasa la lu lepas ni.

hashim:
aku x suka ragging diorang. aku lebih suka interframe time kengkawan aku belasah budak2 luar.

ab geldofg:
lu ngan ita.itu lebih kurang la tu. hahaha...

aku pentoi:
ok..ok..ok..

azuwan:
hahaha...bagus. merasa gak ko kena belasah. best kan kena belasah.

fazadilla said...

nasib baik x pernah duk asrama...iskkk....x sanggup kena buli:P

zairi said...

fazadilla:
aku dah agak dah. kalo diorang yang penah dok asrama, diorang ni jiwa kental2 sikit. jiwang2 ni diorang kurang penghayatan. kuikuikui...

a.b geldofg said...

mana lu prgi..aku rindu sama lu....sakit ko amcam?....

zairi said...

ab geldofg:
hahaha...gua tangah nak post entry baru la ni. tq la. gua punya pinggang dah ok dah lepas kena cucuk tu pagi tu. dapat 2 ari mc. best je petang tu pegi mandi kat PD. kihkihkih...