AKU  DAN  SESUATU

07 January 2009

Misteri Makcik aku kena pinang waktu hujan panas. HORROR!!!

Masa aku kecik2 dulu, semasa Mak+Ayah aku pindah ke felda, aku tinggal dengan Atuk+Nenek aku kat Kuala Pilah, Senaling. Atuk+Nenek aku x kuase nak tengok badan cucu2 dia kena panas+nyamuk. Kat kampung aku ada akak aku dengan sorang mak cik aku yang bongsu. Mak cik aku x kawen2 lagi. Cun tu x la berapa sangat. Tapi manis tu ada.Ramai yang cuba masuk minang tapi ditolak oleh atuk aku dengan alasan anaknya kena abiskan belajar dulu. Ntah ape dia belajar pun aku dah lupa.

Dalam ramai-ramai kutu yang cuba cucuk jarum, cuma sorang kutu yang berjaya menarik perhatian atuk+mak cik aku. Brader tu biasa2 je kerja jadi cikgu kat pekan Pilah sana. Tiap kali brader tu datang, dia mesti bawak buah untuk kitorang dan kengkadang bawak aku pegi kedai dengan Honda lampu bulat dia.Biase lah...ngorat punya pasal. Brader ni memang best. Walaupun macam tu, brader tu x penah cakap nak masuk minang mak cik aku sampai la satu hari tu...

Masa tu hujan panas renyai-renyai. Azan asar baru nak berkumandang dari surau. x lama tu datang dua buah kreta masuk kat halaman rumah. Ada beberapa old-timer dalam kreta tu. Diorang tanya aku atuk kat mana. Dengan pantas aku jawab atuk tengah solat. Diorang sengih je dan duduk kat tangga. Hujan panas masih turun. Salah seorang dari otai tu jejalan pusing2 rumah. Aku biar kan je. Aku bukan tuan rumah pun nak jemput suruh naik. x lama tu atuk muncul dan marah kan aku x jemput diorang naik. Ceh...

Hujan dah mula nak begitau x kasi aku pegi main konda kondi petang tu. Atuk mula jemput diorang naik. Suma ada 6 orang. Smart2 macam nak pegi kenduri joget. Masing2 salam aku dengan atuk. Tetiba je bulu roma aku naik. Aku mula nak jadi detektif conan duduk sebelah atuk sambil jeling2 kat mata masing2. Aku dok relek sambil toleh2 kelibat makcik aku kok dia datang bawak cekodok. Haraam..tadak pun. Diorang mula buat sesi suai kenal. Sah...bukan kengkawan atuk la ni. Diorang datang dari kampung sebelah. Kampung Kepis Hilir. Dari lenggok bahasa diorang aku dapat agak diorang nak masuk minang makcik aku.

Sebelum atuk jawab aku dah agak dah.Atuk aku mesti tolak proposal diorang cara gentle atas alasan yang sama. Tapi diorang masih lagi cuba yakin kan atuk aku pasal anak diorang lulusan dari negara yahudi dan tengah kerja kat KL dan sanggup tunggu sampai makcik aku abis belajar. Atuk cuma senyum je dan tetap tolak pinangan diorang. Ntah ape stim sangat ntah ngan makcik aku pun aku x tau la diorang ni. Dah atuk aku reject,blah je la. Muka masing2 hati panas je kat atuk aku. Kengkadang jeling2 je kat penumbuk aku. Saje je buat hati diorang lagi panas.

Hujan kat luar dah makin lebat. Langit pun dah gelap. x de harapan la aku nak main konda kondi petang tu. Diorang pun sibuk2 nak balik pasal dah merajuk la tu walaupun atuk aku saje2 suruh tunggu nak hidang kopi-o. Orang tua yang pusing2 rumah tadi sempat salam aku sambil bagi duit syiling 20 sen suruh beli gula-gula. Aku angkat je. 20 sen dulu boleh dapat gula2 6 biji. Dah nak Maghrib baru hujan berenti. Aku berlari ke kedai stakat 50 meter dari rumah atuk aku nak beli gula-gula dengan duit tadi. Balik tu aku kena marah dengan atuk aku pasal keluar waktu maghrib. Dulu pukul 7 dah macam pukul 8 dah. Aku buat derk je dengan bebel atuk sambil jilat2 pembalut gula2 udang.

Lepas Isyak atuk aku ajak makan malam. Tetiba je badan aku x sedap macam selalu. Badan aku tetiba je lemah+panas. Nak kata kena cikungunya mana wujud lagi zaman tu. Lagi skali aku kena bebel kat atuk aku pasal kluar waktu maghrib. Masa tu aku dengar suara atuk dah macam Aru koffin kenser. Aku dah macam kena histeria sambil nangis+terjerit2 dengar suara atuk. Atuk pegang tangan aku. Lagi la aku menjerit dah macam rasa sisik2+mengerutu. Lain macam pulak dah kali tu. Lagi aku menjerit, lagi kuat atuk pegang tangan aku. Atuk kata badan aku panas. Atuk pangku aku masuk bilik suruh aku baring dan selimut. Atuk kata nak bawak aku pegi klinik pagi besok. Nak suruh mak+ayah aku datang, mana ada telepon rumah masa tu. Nak hantar telegram? gila ape nak kayuh beskal malam2 buta pegi pekan Pilah tu?

Aku rasa cukup dulu sampai sini. Saje je nak kasi ab geldof sakit hati. Dia selalu buat macam ni. Kasi dia pulak kena. Kali ni aku sambung 44 hari akan datang. Kasi lama2 sikit....harharhar...

13 comments:

halym said...

cisss...hampeh btol..apo jadik lopeh tu?
ekau kono sawan ko? ekekeke

@tune® said...

xabes lg nih...
part makcik ko

part ko demam..hmm...xmo la..

makcik ko kawen ngan sape?
ngan abg moto honda lampu bulat kah?

eliza said...

ko pun suda tejangkit dgn sindrom smbung2 ab gel tu kan...44 hari pulak tu.. adehhhhh

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

adoih...lg sorang dah terkena buatan si ab..oi..pehal sampai 44 hari? anak sulung ke? hehheeh

Anonymous said...

ces...aku dh agak..siap ade part 1..mesti mau kasi sambung.nnt aku bg ko 20sen lg..kau tau konklusion die..ko xleh gune duit dua posen..kalo x kene sawan kn,kn3..

Umie said...

wei kuang asam!!! awat cerita tergantung???? we wants update now!!!!

zairi said...

halym:
sila tunggu kemunculan nya selepas 4 ari lagi..kehkehkeh...

@tooney rooney@
gua x demam,gua kena keteguran je. makcik & brader tu skang dah...eh...nak tersasul plak...

lu tunggu 44 ari lagi ar.

elisa:
ha..ah..dah macam kena sampuk pun ada dah kat ab gel ni. mane dia?

akupentoi:
44 malam klewon.kihkihkih...

azuwan:
aiseh...pecah lobang pulak.aku kena remove part 1 tu.kasi lagi suspen.kuikuikui...

umie:
hahaha...aku pedulik hape...tunggu 44 ari lagi la korang...

Kikuri-hime said...

Abeh? ni nak kene tunggu 44 ari lagi ke?! Aiseeehhhhhh....

a.b geldofg said...

ceh!!!!...ko blas dendam ye heheheheheh

Mel said...

hii nice entry
pasal masa dulu2

Hashim said...

Cis hampeh tol... Ni apa mega serial pe main sambung sambung

apek terror said...

lu sakit makan gula2 udang ker?? gua ok je mkn sebalang...

gout kot lu time kecik2 tu..x leh mkn udang...

zairi said...

kikuri:
sila tunggu di pasaran...

ab geldof:
memang iye.kuikuikui...

ariana:
jom kita layan.

hashim:
saje suka2.kehkehkeh...

apex terror:
aku rasa plastik balut tu memang x leh kena makan ar.tapi kalau kena dalam sebalang pun belum tentu boleh hilang dia punya gian.best wooo...