AKU  DAN  SESUATU

23 January 2009

Sambungan selepas x sampai 44 hari malam klewon...

Sampai kitorang kat rumah kawan brader tadi ni, kebetulan letrik x de. Penangan dari petir semalam kot. Masuk dalam rumah tu gelab je. Dah la rumah kampung, pasang lilin tadah dalam piring saje buat seram je itu ustaz. Sambil jemput kitorang masuk, brader tu ceritakan pasal musibah kitorang kat kawan dia. Itu ustaz relek je anguk2 kepala tanda paham. Pas tu ustaz tu tanya sapa yang mula2 kena sakit2. Makcik aku lurus kan telunjuk kat aku. Dengan mata dia yang kelip2 baca ayat2 yang x berapa dengar, dia kata aku ada terambik something yang x elok dari seseorang. Aku mula teringat duit doposen smalam tu. Kejap tu ustaz ambil satu botol air yang dia baca2 kasi aku minum seteguk dan suruh aku bawak ke mandi time tu jugak.

Kat bilik air, makcik teman kan aku pegang kan lilin kasi suluh dalam bilik air. Baru nak adengan bogel, makcik aku jerit nampak lipan. Mengelupur aku kluar dari bilik air tu. Diorang2 tu suma kucar kacir datang kat kitorang. Itu ustaz dengan selamba tangkap 2 ekor lipan dan terus bakar kat lilin yang makcik aku pegang tadi. Ustaz tu cakap ni antara black magik yang di hantar untuk membantut kan perancangan ustaz tu. Lepas mandi memang terasa rengan badan aku. Dah x de sangat rasa panas2 badan. Aku mandi air cap badak mungkin rasa nya tu.

Lepas selesai urusan aku, the next person adalah atuk aku. Ustaz tu target atuk aku kena santau angin. Racun santau tu belum nak berapa aktif lagi. Kalau kasi lama lagi, atuk boleh jadi lumpuh kata itu ustaz. Dengan atuk, ustaz tu x suruh mandi macam aku tadi. Ustaz tu cuma pakai telur ayam kasi golek2 kat perut atuk sambil baca2. Lepas tu, itu telur dia sudah kasi pecah kan kat atas satu pinggan putih yang ada bunga ros. Orang cakap itu pinggan old skool orang cina. Mak aku pakai lagi skang ni pinggan tu untuk makan2. Lepas kasi pecah itu telur, jangan harap sangat kluar sekor anak ayam kaler kuning. Aku Cuma nampak ada darah bercampur dengan jarum-jarum halus, bintik-bintik hitam+kuning, dan kuku. Kata ustaz tu, itu perbuatan dari orang yang sama. Diorang sudah marah kan atuk dan memalukan diorang. Tu pasal diorang hantar santau kat atuk.

x cukup dengan telur, ustaz tu ambik satu lagi botol air yang dia dah baca2 suruh atuk aku kasi selawat sebelum minum. Dan2 je lepas atuk aku minum, atuk berkejar cari bilik air keluar muntah benda2 yang sama macam dalam telur tadi.Kat makcik aku pulak, ustaz tu cuma rapat kan tapak tangan dia kat dahi makcik aku tampa sentuh. Rapat2 angin je la makna nya. Kang batal plak air smayang kang kot. Sambil baca2, ustaz tu cakap makcik aku x apa2. Cuma lemah semangat je. Aku dah agak dah makcik aku ni. Saje2 nak hysteria sana, hysteria sini. Gadis melayu kan memang macam tu.

Kata ustaz tu, orang2 yang dengki dengan keluarga kitorang ada tanam sesuatu kat kawasan rumah kitorang. Kata ustaz tu lagi, dia kena mintak tolong dari sahabatnya dengan izin Allah untuk ambik itu benda. Ustaz tu kemudian kasi tutup mata sambil selawat dan baca beberapa surah pendek. Kemudian ustaz tu ajak kitorang semua keluar kehalaman rumah. x lama tu, jatuh satu bungkusan kecik warna hitam betul2 kat depan Ustaz tu. Sambil dia berterima kasih kat sape ntah aku x nampak dan bersyukur, kitorang kerumun kasi tengok dalam itu bungkusan. Dalam samar2 lampu lilin, aku nampak bungkusan tu penuh dengan daging2 kering+tulang yang ustaz tu begitau adalah daging tali pusat dari bayi yang mati ketika dilahirkan atau yang digugurkan manakala serpihan tulang tu pulak adalah tulang2 dari binatang2 najis seperti babi dan anjing.

Tu sebab la makcik aku nampak mayat (roh bayi x sempurna) dan kitorang dengar pinggan mangkok macam kena selongkar mungkin roh binatang2 tu x puas hati pasal tulang2 diorang di buat ritual la kot.

Sekian saje untuk kali ni. Ni pun banyak short cut dah aku kasi. Tau2 je la nak buat gubahan cerita ni bukan nya senang. Ntah mana nak aku campak kan watak nenek+akak aku tu pun aku x tau. Buku ‘siri bercakap dengan jin’ dari encik tamar jalis ni korang tau2 je la dia punya ayat2 buku teks skema nya. Aku pun x tau ni pengalaman betul dia atau x. Hahahaha…sori la kat korang dengan citer bohong aku ni. Cuma gambar rumah tu je yang real rumah kampung atuk aku kat Bukit Temensu Kuala Pilah sana.

13 comments:

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aduh...tali pusat ngan tulang binatang pun boleh?.....macam2..sekarang ni kalo dengki orang pakai bom je...cam kat puncak alam tu...dah jumpa pemikir?

@tune® said...

gua xkire..

gua nk tau gak..makcik lu kawen x dgn abg moto honda mate bulat tuh?

apek terror said...

panjang den baco pnt wei..haha

Umie said...

gua tak puas hati...kenapa gua tertipu dgn cerita lu nie...arghh!!!! gua tensen!!!!!

Admin said...

hee..good memory...

Anonymous said...

cis!!!!!

ajako said...

angker tol citer nih, sapelah nak temankan aku kencing mlm nih...

Hashim said...

Arghhhh silap aku baca sampai perenggan yang last....

zairi said...

aku pentoi:
pemikir lapuk tu sape? kau ke? kau jangan memain...

@tooney rooney@
mane aku tau...tu makcik sape ntah... haduuu...

apek terror:
biase laa...tamar jalis punya citer memang cam gini panjang nya.

umie:
ngee...

gnela:
bukan memori aku pun.hehee..

roshaizul:
ark!!

ajako:
kau bawak botol la tido skali.x payah dah nak ke bilik air. hahaa..

hashim:
harharhar...

Firol said...

hoishhhh..terkena

dr itu! said...

aduyai... ingat btoi2 la td... dahsat toi la

a.b geldofg said...

pemikir lapuk?.....lalalala....lalalalalla

zairi said...

firol:
hehehe...sori.

alhaqmi:
dasyat ke? kalau betul2 lagi dasyat tu.

pemikir lapuk:
ab geldofg?