AKU  DAN  SESUATU

26 November 2008

Pondok punya sekolah 2

Sambil sarapan nak ke keja, kok sempat aku akan layan MHI. Pagi ni ada kesah tentang sekolah pondok. Rata2 budak2 dalam lingkungan 7~20thn yang jadi penghuni sekolah2 ni. Memasing ada kesah tersendiri masuk ke sekolah pondok. Tapi aku tersentuh hati kat sorang budak umur 10thn ni. Sebelum famili dia letak kan dia kat situ, dia dah terlibat dengan GANJA. Dari segi logik, mesti dah teruk kes dia ni sampai famili dia letak kat sekolah tu. Huh..sosial betul dah budak skang ni. Tapi dia memang bernasib baik dapat famili macam tu. Kecik2 la kita patut bendung masalah anak2 kita. Kalo dah besar umur macam aku ni, nak dihantar ke sekolah pondok, x de nak pikir lain dah...ushyar pagar belakang sekolah je nak cabut lari.

Aku pun ada pengalaman mengaji kat sekolah pondok ni lepas SPM dulu. x lama mane pun. Setakat x sampai 1bln je kot. x sempat sangat nak kenal suma orang kat situ. Cuma aku ada betegur ngan ada sorang mamat kat situ. Muka bersiiiih je. Kulit cerah+hensem+ sampai aku suka nak berborak ngan dia ni bila ada kesempatan. Bayang kan lah aku yang lelaki ni pun boleh minat perhatikan dia. Kalo aku pompuan memang dah aku masuk minang dah dia ni.

Satu ari tu aku lepak kat pondok dia. Terkejut+segan aku kat dia ni. Penuh ngan buku2 ensyclopedia english. Kengkadang tu dia buat kelas english untuk budak2 kat situ. Kalo beborak ngan aku, muka tunduuuk je. Belek punya belek, aku tengok album gambar famili dia. Rupa2 nya mamat tu anak orang kaya dan buat keputusan untuk mangaji kat pondok. Dia punya knowledge agama lagi maju daripada aku. Memang segan tol aku kat dia lepas tu.

Waktu aku berenti dari pondok tu, aku x sempat nak cari mamat tu. Nama pun aku dah lupa skang ni. Tapi aku x leh lupa ngan wajah hensem dia tu. Macam ada cahaya nur.. Walaupun aku stakat x sampai sebulan kat pondok tu, ramai kengkawan aku cakap muka aku ada perubahan yang ketara. Biasa laaa..balik dari mengaji pondok memang macam tu. Mungkin imbasan dari muka mamat tadi kot. Diorang cakap muka aku kalo pandang tang jauh nampak sinar cahaya nur. Nuuurraaakaaaa...!!!

Mmmm..cetek sungguh pemikiran diorang.

8 comments:

apek terror said...

yea gua mmg cam muke lu nie,asyik selalu perhatikan gua...patut la sebulan lepas tu lu x de dah..pindah rupenye...

@tune® said...

hihihi..kazen saye siap blaja pondon kt Indon..pastu die xmo..die selamba blk sini...

nape awak sebulan je?xbesh ke atau suda cukup ilmu didada?

zairi said...

apekterror:
hahahahaha..harrkk..tuiihhh...
pundek la lu apek...lu memang x de ciri2 macam tu!!!!

@tune@:
belum sampai seru...hehehe

Rajuna said...

nape sebulan? bosan eh?
saye keje bank sehari je.pastu chow.
bukan ape saje2 mau berpoya2 kat kl ni.tak busan la.hi hi hi

FarhanaLicious said...

nurraakaa. huhu~

pemikir lapuk said...

aku pun tringin ank masuk pondok....(dah ingat kt mati)

zairi said...

rajuna:
berpoya2 jangan sampai x ingat dunia...

farhanalicious:
horhorhorror...

pemikir lapuk:
aku pon...isk..

Anonymous said...

hohoho.can i noe the boy? :P