21 October 2008

Agak2 berapa tan aku kena sumpah?

Itu jam aku memang nak cepat kejar traffic light dari kaler hijau ke kaler merah. Tapi apa ke sial ada driver depan aku boleh bawak 50km/j dengan keadaan x sesuai langsung dengan kelajuan macam tu!! Aku x kesah. Itu ko punya pasal la ko nak bawak laju ke, pelahan ke. Tapi hormat la kat pengguna jalan yang lain. Dah bagi lampu tinggi lip lap lip lap, baru la masuk ke lane belah kiri. Pulak tu slowmation je masuk. WTF!!!

Cis!!!..tengah bertalipon rupa ei. Memang bangsat perangai macam ni. Lampu plak dah bertukar semerah muka aku. Aku x puas hati. Aku cilok duduk depan dia. Otak aku dah macam2 buat planning nak kena kan driver macam ni.

-Lampu dah hijau-

Aku masuk gear 1 buat2 enjin termati. Harharhar…skang bukan kreta belakang aku je tergendala. Ada dekat 6~8 biji kreta dah jammed. Dengan muka sayu aku kluar dari kreta bukak bonet depan. Buat2 check enjin. Pandai2 la korang bergilir2 kluar dari barisan aku. 3x lampu hijau gak la aku sibuk berlakon. Aku buat muka ketat je pandang driver tadi berlalu.