AKU  DAN  SESUATU

06 October 2008

Tahun ni punya raya

Alhamdulillah...akhirnya aku selamat menyambut Aidilfitri dengan keluarga aku. Skang aku dah mula bekerja lepas ambik cuti 4 ari. Ada beberapa peristiwa penting selama aku bercuti untuk aku selit kan pada entry kali ini.

29/9/08-isnin

Pukul 5.27pm aku dah standby kat punch-card nak tunggu 3min lagi nak blah dari kilang ni. Perasaan berkobar2 nak balik beraya membuak2 kat dada dari tadi. Tepat 5.30pm aku terus merempit balik umah siap2. Lepas lap kreta+mandi+kemas umah+tips cegah jenayah, pukul 6.30pm aku gerak try ikut jalan Pilah. Baru sampai Petronas Lavender Height, kreta dah mula bersusun jammed nak ke Bukit Putus. Ni kalo aku follow gak, pukul 12mlm pun belum tentu aku bleh sampai Palong. Terus aku buat drift u-turn balik ikut jalan Tampin. Dalam radio aku dengar kat Bukit Putus ada xcdent & jammed sepanjang 5 kilometer. Bemakna aku ambik keputusan cerdik ikut jalan ke Tampin. Tampin memang clear bleh bawak 80~100km/j. Pukul 8.30mlm aku dah sampai Palong. Lepas makan bawak wife+Zahra balik Gemas.

30/9/08-selasa

Lepas subuh, kemas umah+pasang langsir+pasang karpet. Mak dah mula buat lontong. Dalam pukul 10 lebih semua dah settle. x lama tu along datang dari senaling bawak anak2 ei. Nazri x follow. Pun bagus gak tu. Aku plak x de perasaan nak pi sambut along. Aku cuma dok belakang umah rebus lada kering nak buat sambal taucu sambil tunggu along datang salam aku. Ayu begitau along datang bawak baju raya untuk Mak+Ayah. Lepas siap rebus lada, aku siap2 nak ke Palong ambik susu Zahra yang tertinggal smalam. Sebelum nak gerak, Ayah panggil aku & along mengadap Ayah. Along memang kena skolah kat Ayah kaw..kaw..kali ni. Akhir nya aku dah berdamai ngan along. Dengan Nazri still aku x leh nak maaf kan dia. Walaupun dah berdamai, aku kekok nak bermesra macam dulu. Terpulang la kat along cemana nak ambik balik hati aku yang dah lama padam kat dia. Lepas settle, aku gerak ke Palong. Pukul 3 lebih aku dah sampai balik kat Gemas. Along tengah tolong Mak buat kek buah yang x menjadi akhir nya. Pukul 5 lebih Along bersiap2 nak balik senaling. Ni la 1st time aku salam cium tangan Along sejak 3thn yang lalu. Lepas along balik, tugas terakhir aku mesen rumput karpet depan umah. Baru separuh mesen, hujan lebat sampai ke malam. Pukul 6 lebih Anis balik dari kerja Hotel dia. Ari ni dia dapat gaji RM200 lebih & sibuk2 nak pegi Seremban nak shopping raya dengan kengkawan dia. Pukul 2 pagi baru selamat sampai Gemas.

1/10/08-rabu

Hari ni dah 1 syawal. Aku kucar kacir bersiap nak ke masjid. 7.15am orang x de lagi kat meja pungut zakat. Aku dah risau. Harap2 sempat la aku bayar zakat pagi ni. 7.40am still x de orang. Aku pecut balik rumah makan lontong. Pukul 8am bawak Mak+Anis pegi masjid. Alhamdulillah... ada orang tengah beratur nak bayar zakat last minit macam aku. Pukul 10 selesai solat+tahlil. Maka tamat la sudah segala kenangan bulan Ramadhan. Rasa macam cepat je masa berlalu. Rase x best pun ada. Balik umah terus mandi kan Ayah. Kali ni aku kasi Ayah pakai minyak wangi+bedak dashing Anis. x lama tu Kak Lang Maria call nak datang Gemas. Pukul 1 lebih diorang datang 3 buah kereta. Baru la rasa meriah kali ni. Juwen pun ada. Dah lama x jumpa mamat ni. Dressing raya macam nak pegi buat konsert Jamal Abdillah pun ada gak skali pandang dia ni. Lepas makan tengah ari, diorang gerak beraya plak kat Palong umah Kak angah Jamaliah. Lepas 1/2 jam diorang gerak, aku plak menyusul dengan Ayu balik Palong. Ayu tido+ beraya umah kawan dia. Belah malam aku dapat msg dari Anis along+Nazri tido Gemas malam ni.

2/10/08-khamis

Pukul 11 lebih Ayah call begitau along dah balik senaling. Aku pun bersiap nak tukar shift ke Gemas. Petang tu x de sesapa yang datang. Aku sambung mesen rumput belen smalam. Belah malam Shahrul+Along Asue & famili datang. Kitorang kucar kacir ke dapur masak makan malam untuk diorang. Aku cuma buat air sirap bandung. Aku mane tau masak. Masak air pun kengkadang boleh hangus. Ari ni umah Gemas dah mula menerima kunjungan tetamu. Memasing nak jenguk Ayah yang dah x larat nak berjalan raya lagi. Aku pun risau nak bawak Ayah berkjalan raya.

3/10/08-jumaat

Pagi ni aku kena balik seremban. Esok dah start keja. Sebelum tu mak ajak berbincang nak buat operation mata kiri mak yang dah tebal dengan selaput. Tapi aku risau gak. Kalau mak kena berehat, Ayah sape nak jaga? Diorang akan dok umah aku dalam 1 bulan. Sembahyang Jumaat aku kali ni kat Masjid Palong 5. Ada gak muka2 yang aku kenal. Yang dulu time skolah selekeh, kini dah macho, dulu kecik skang dah berjambang pun ada. Petang pukul 6 lebih aku gerak ke seremban bawak kak long tido umah aku. Pukul 8.30mlm kitorang selamat sampai seremban.

Maka, begini lah diari 4 hari aku kat kampung kali ni.

Background lagu kali ni.Sila download:
Takbir Raya - Imam Masjid Negara
Syawal - 4U2C
Di Pagi Aidilfitri - Elite
Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat

No comments: