AKU  DAN  SESUATU

07 October 2008

Cilok gua, gua cilok lu

July 2002

Aku berenti keje kilang furniture kat Sungai Gadut (HeaveaPac) sebab aku x puas hati kat engineer aku yang selekeh tu (Mr.Ng). Dengar citer dia pun dah berenti sebab kena goreng ngan sape ntah & jadi manager kilang kat area Shah Alam. Elok la tu. Dia goreng aku, dia plak kena goreng. Aku x puas hati kat dia sebab ada satu hari tu sorang budak baru mamat cina ni jadi assistant aku (draftman). Tapi aku x puas hati sebab gaji dia lebih tinggi dari aku. Gaji aku time tu RM750. Gaji dia RM900. Mana aci main pilih kaler kulit. Selain tu manjang aku je yang kena tekanan kerja. Kesudahannya aku cuma bertahan selama 10 bulan je kat situ. Lepas dapat gaji & pengalaman bagus dari dia, aku terus cabut. Pi mampos sama lu. Lu cilok gua, gua cilok lu.

Sblom tu aku dah prepare lobang keja kat Rompin. Dah dekat skit ngan umah Mak+Ayah aku kat Palong. Kena ulang alik gak la hari2 dari rumah dalam 20min. Interview sempoi je. On the way aku nak pindah ke Palong dari rumah Acu, aku ngan Faizul+Fairuz singgah kilang tu (Gorise) untuk try interview. Terus dapat. Memang murah rezeki ar. 1st day aku keje kat situ, Opis dia simple. Pekerja opis 4 orang termasuk aku ngan bos. 2 orang amoi HR & account. Diorang ni gak la yang meng-interview aku itu ari. Bosan gak la kengkadang x de kerja pun. Aku lebih ke arah purchasing order barang. Kat kilang ada sorang supervisor. 2 orang boilerman. Sorang (acik Baharom) driver bos merangkap pegi beli barang. Kilang boleh tahan besar. Tapi product ciput buat kerusi meja bleh lipat export ke Japan. Untung kebanyakan dapat dari sewa tapak pada pihak Golden Hope. Diorang sewa mesin & bangunan kat situ buat mengisar pokok getah.

Selama aku kerja 5 bulan kat situ, dah 2 kali kompeni tu kena rush buat lelong barang. x tau la cemana bos aku tu bleh muflis. Abis suma komputer+perabot opis kena gadai. Nasib baik aku x duduk atas lantai.

Kat kilang tu gak la kawan baik aku kat skolah tingkatan 5 meninggal dunia. Kawan aku citer dia jatuh bangunan nak panjat buat wiring. Paling sadis dia meninggal bulan yang sama ayah dia meninggal selang setahun lalu. Kejadian tu semasa aku masih keja kat HeveaPac.

Selepas driver bos aku berenti sebab x puas hati kat bini bos aku, aku plak take over keja dia beli barang. Hari2 aku kena beli petrol nak isi kat forklift. Sampai la pada satu pagi tu bini bos aku suruh aku pegi beli petrol pakai kreta iswara aku. Kreta kompeni bos aku bawak pegi jumpa client. Kreta honda stream dia x leh usik. Macam cibai. Aku nekad, lepas aku hantar petrol kat forklift, aku salam kat diorang mana yang sempat, terus aku chow. Gaji aku Mak+Ayah aku pegi ambik kat bini bos aku tu. Nasib baik dia respek kat Mak+Ayah aku. Time tu dah x de hal nak cabut. Aku dah standby dapat keje kat S'ban bulan Jan 2003.

Tu la korang suka sangat cilok pekerja ikhlas macam aku ni. Selepas 6 bulan aku tinggal kan Gorise tu, kawan aku citer kilang tu dah tutup. Totally bankrupt. Bos dah punggah suma harta dia tengah malam balik singapore naik kontena. Kawasan kilang tu skang dah jadi sarang penagih dadah+maksiat+jembalang tanah+perhimpunan jin kepala hitam...

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Aku Tetap Diriku - The Official
A Perfecth Match - BitterSweet

No comments: