AKU  DAN  SESUATU

07 October 2008

Susah nya nak hidup

Pada awal nya aku x terpikir pun nak beli rumah. Aku ingat lagi time aku keja kat Me-Tech dulu ada sorang HR melayu (watie) gedik berlagak poyo cakap dia nak beli rumah. Padahal dia beli rumah lama mak dia. Just tukar nama je. Itu pun kongsi ngan akak dia. Masa tu aku dah tunang. Aku pun tercabar gak la ngan ke-eksen-nan dia tu. Terus dalam bulan tu aku cari rumah untuk dijual. Satu malam tu aku ronda2 kat giant cari barang, datang la sorang amoi promote rumah baru kat area Senawang. 2 tingkat, 4 bilik, 2 bilik air, 2 kreta boleh masuk park, bleh 100% loan. Harga RM89,888. Monthly RM670. Lepas calculate2 tolak abis hutang, terus aku berkenan & bayar deposit RM500.

Skang aku plak yang kerek ngan pompuan gedik tadi. Aku target lepas ake kawen, bleh la terus masuk rumah baru. Tapi rumah tu bleh siap duduk lepas 6 bulan aku kawen. Seksa jap la lepas kawen merempat cari rumah sewa. Sehari lepas abis cuti kawen, aku bermalam dalam kaunter kedai tempat wife aku keja (Leno Dataran Senawang). Nasib baik kawan wife aku sporting+simpati. Malam tu kitorang tido atas lantai berlapikkan toto. Kesian betol ar. Besok tu balik dari keja, kitorang dapat simpati dari kenalan wife aku. Dia sewakan bilik solat opis dia jadikan tempat tinggal kitorang. Kat bilik 10'x10' tu kitorang duduk dalam 4 bulan sebelum kitorang pindah ke rumah sewa atas sebab peribadi. Kat situ gak la aku dapat berita gembira wife aku da mengandung anak sulung.

Rumah sewa kitorang kat area belakang rumah Acu S'ban Jaya. Acu gak la yang tolong cari kan. Kitorang sewa RM250/bln. Lepas Mak+Ayah aku balik dari Mekah, rumah aku dah siap boleh duduk. Akhir nya aku merasa gak la duduk kat rumah sendiri. Berbaloi la bayar bulan2 dari bayar kat rumah sewa. Yang pasti aku memang tenat untuk 1 tahun pertama usia perkahwinan aku. Macam2 dugaan yang x penah aku duga wujud kat kehidupan aku. Semua kenangan2 hitam pekat. x de yang cerah sekali pun bagi aku time tu. Sehingga lah anak sulung aku lahir baru lah baransur2 beban yang aku tanggung hilang. Semua berkat dari pertolongan Mak+Ayah+Ayu dan rezeki baru dari anak, tempat kerja baru serta dugaan dari Tuhan untuk aku.

Alhamdulillah...kedudukan aku skang dah kembali normal.

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Bermimpi di siang hari - A.C.A.B
Bedroom Window - Nice stupid playground

1 comment:

Anonymous said...

suke2 pnggil org gedikk