AKU  DAN  SESUATU

14 October 2008

Wan Keping wak lu!!

1995 - Tingkatan 5

Pagi tu aku pegi skolah macam biasa jalan kaki. Dah x naik basikal dah time tu. Kategori budak2 je yang masih naik basikal ni. Jalan kaki 1 kilo masih x de hal bagi aku. Kalau sampai skolah dah mengah2, bemakna aku bukan jalan kaki, aku lebih ke arah berlari sebab dah lewat nak ke skolah.Tapi pagi tu dada aku asyik berdebar2 je. Macam ada sesuatu x kena.

Skang baru 7.10a.m. masih awal nak ke perhimpunan. Lepas sidai beg kat kerusi, aku cuba layan sembang ngan kawan aku. Sedang tengah leka sembang, Cikgu Wan Keping secara mengejut masuk dalam kelas aku sambil bawak rotan panjang besar ibu jari. Memasing tertumpu kat Wan Keping menunggu nama sape kena petik.

Wan Keping: "Kamu mari sini ke depan". (serius sambil tuju kat aku dengan rotan)

Baru aku tau sebab ape dada aku berdebar.

Wan Keping: "Pusing belakang".

Aku pasrah sambil 2 tangan kat meja, badan bongkok sikit, buntut kasi setting abis kemut.

Zzzplass!!!... 1 x

Argghhh..sakit memang x hengat. Tapi tepaksa kontrol relek kat depan kengkawan. Terutama budak pompuan. Maruah kena jaga beb. Saham tengah tinggi.

Wan Keping: "Lagi sekali" (muka x puas hati tengok muka aku x macam orang sakit)

Aku dah buat muka bengang. Kalau dah 2 kali bemakna ini dah bukan kena hukum. Dah lebih ke arah dendam. Kena plak pepagi buta dah datang cari aku. Kalau atas nama hukum, bila2 pun bleh cari aku lepas perhimpunan.

Zzzplass!!!... 1 x

Eeerrrkk...kali memang kena kaw..kaw..walaupun dah abis kemut, kali ni punya hayun memang tinggi.

Wan Keping: "Skarang kamu pegi sapu balik rambut bersepah kamu yang saya gunting smalam kat koridor tu." (sambil berlalu dengan penuh macam gampang)

Aku bukan kategori budak bermasaalah kat skolah. Nama aku pun x glamour langsung kat bilik disiplin. Cuma aku kena layan arus zaman pelajar tingkatan 5. Kalau dah tingkatan 5, mestilah kena rambut panjang. Baru la budak2 junior tau yang kita ni senior. Walaupun aku berdendam dengan Wan Keping ni, aku cukup hairan sebab aku x penah terserempak dengan dia kat luar bidang sekolah. Ntah ape jadi lah ngan Wan Keping ni skang. Dah jadi zombie Kampung Pisang kot.

Background lagu untuk post kali ni. Sila download:
Dark side boys - The Official
Where have all the boot boys gone - A.C.A.B.

No comments: