23 October 2008

Projet Senawang bah.2

Lepas abis drama melayu, aku dah lewat nak ke rumah Cumi. Masing2 dah start menunggu kat Projet. Masing2 dah sibuk tengok kereta orang, dengar ekzos bising, tengok sport rim, komen itu, puji ini, kutuk sana, kutuk sini. Tengah leka dok peratikan gelagat manusia,

“I/C!!.. I/C!!.. keluarkan I/C!!.. bagi saya I/C kamu!!!...

Hah??!!...kena rush??!!...arghh… ape bangang sangat polis ni pakai baju biasa nak tangkap orang? Siap boleh menyamar sembang mengumpat lagi tu. Masing2 kecoh satu Projet. Jalan keluar dah kena blok. Mana2 kereta yang paking tepi jalan, kucar kacir nak lari. Yang hampir terlepas, kena hempuk ngan topi keledar kat cermin depan. Berderai… Peargh.. dah macam fast and furious pun ada.

Dekat 2 pagi la ramai2 kat Projet tu. Sape x de kereta, kena hangkut ke Balai Polis Paroi naik Black Maria. Faizul+Fazli+Fairuz & ntah sape lagi boleh siap gelak dok berhimpit2 dalam trak tu. Sapa yang bawak kereta macam aku, terus ke Balai Polis. Pukul 5 pagi baru settle siap urine test. Balik rumah pukul 6 pagi bukak NTV7. Harharhar… tajuk berita utama tuu..

Skang kitorang dah insaf sebab petrol dah mahal. Projet dah bankrupt dah tukar ke Shell. Skang zaman mat rempit la pulak yang berleluasa kat Senawang tu. Suko ati kau la!!..Ni sepupu aku Faizul. Dah kawen dah pun bulan 4 itu ari. Antara sebab dia dah insaf. Lebih kurang macam ni la sengih dia kat dalam Black Maria tu.

2 comments:

hashim habeed said...

salam kawan aku kena cekup masa tengah syok main snooker urine pulak ada problem 3 hari tido lokap tobat terus jadi orang...

zairi said...

sebenar nya, time urine test tu, ada sepupu belah ayah aku kantoi urine test tu. dia kebetulan dari pilah nak balik bangi singgah isi minyak kat projet tu.masa polis kutip I/C baru aku perasan dia pun kena.mengelupur mintak tolong kat kawan2 dia tolong jamin.memang x sangka aku dia kantoi urine.sampai la ni kitorang x kecoh kan kat sedara mara.tapi kalo blog ni kantoi kat sedara mara, nasib dia la.harharhar...terima kasih jemput datang..