AKU  DAN  SESUATU

10 October 2008

Giat Mara Pasir Besar - Mekanik Enjin Kereta

1996

Lepas berenti dari Sekolah Pondok, Ayah aku hantar belajar kat Giat Mara Pasir Besar ambik course mekanik enjin kereta. Macam biasa aku x de pilihan lain selain ikut cakap ayah aku. Lagi pun bleh dapat elaun. Dapat gak la buat belanja. Sebenarnya x terniat pun nak jadi mekanik sebagai sumber pendapatan aku. Kat Giat Mara tu cuma nak ambik pengetahuan je. Belajar pun x berapa serius. Tenaga pengajar pun lebih kurang je nak mengajar. Memasing kebanyakan yang aku tengok x leh buat keja pun. Macam aku. Cuma ada 5~6 orang yang kengkadang serius kearah buat keja. Aku tengok diorang macam dah ada pengalaman, cuma nak dapat kan sijil je kot. Aku plak kalau kelas teori memang aku serius sambil ambik note. Time praktikal plak aku x berkenan sangat nak sentuh enjin yang x bertemadun tu. Paling canggih pun seketul enjin standard Proton Magma. Yang lain2 enjin kereta zaman Black Dog Bone. Ape kelas?! Aku nak belajar convert enjin turbo. Baru la orang2 macam aku ada semangat nak belajar. Baru la memasing sibuk nak bukak bengkel kreta sindri.

Masuk kelas pukul 8 balik pukul 4. Macam time pejabat kerajaan plak. Pagi2 aku tunggu bas kat tepi kebun getah depan rumah aku. Bas lalu situ dari main opis Palong 8 nak ke Bahau. Dressing aku x serupa nak ke arah mekanik. Lebih ke arah nak ke shopping complex. Mane la tau ada plak pompuan satu skolah aku kat dalam bas tu nampak aku pakai 'uniform' mekanik, jatuh la saham aku. Mesti la kena pakai smart2 untuk matching ngan rupa paras aku. Pegi Giat Mara aku x pakai beg skolah sendang belakang. Aku bawak beg plastik lambang SOGO yang dalam tu ada buku log nak tulis nota, perkakas alat tulis, kain pelekat+kopiah, sabun mandi & alat2 mekap aku. Aku pun pelik cemana benda2 tu suma bleh muat kat dalam plastik tu. Kalu dah jinjing beg plastik SOGO tu, bemakna masyarakat akan nampak aku macam baru balik dari shopping kat SOGO klumpo. Dah glamer kalau pegang beg plastik SOGO time tu kat Palong. Orang Palong time tu mane lagi reti shopping kat SOGO.
Ada satu pagi tu, pengajar aku x berapa mengajar. Lebih melayan borak. Memasing buat aktiviti sindri. Aku ngan 3 orang (helmi, reza, kedah) kawan aku lepak kat satu port baaik punya. Kitorang layan menyanyi. Macam2 lagu kitorang nyanyi. Dari mode yang perlahan sampai la menjerit macam cipan. Tengah syok2 tarik lagu wings lena diulit intan, tetiba...

Whoii!!.. (cikgu dari kelas elektrikal)

Kitorang tersengih sambil tunggu tindakankan yang bakal dikenakan.

Korang berbaris skang!!..

Masing2 dah terkulat2 nampak rotan kat tangan cikgu tu. Aik.. dah abis skolah pun kena rotan gak ke? Rupa2 nya cikgu tu kasi rotan tu kat kitorang suruh rotan memasing punya punggung.

Amacam? mekanik x aku?

Background lagu untuk post ni. Sila download:
Young Loud & Proud - Root & Boot
Class Kid Story - Corumn 80'

1 comment:

ujang said...

Cikgu Yazid ke yg ajar automotif time tu.. cikgu elektrikal yg jerit tu mungkin cikgu Hasan atau cikgu Mael..