2002 – 11~12malam – Bujang lagi –
Starting turun dari Tmn.AST (port bapok2 Seremban cari rezeki) lalu depan Terminal One, tempuh 3 traffik light jalan lurus ke Pasar Seremban, corner lalu depan Masjid, lalu depan MPS, corner lagi sebelah Parkson, masuk balik ke Terminal One, buat U-turn ke check point kat Tmn,AST.
Malam minggu jalan2 utama ni akan jadi litar kitorang. Kitorang akan melalaikan diri untuk buat aktiviti lumba tampa permit. Tapi kitorang x main duit. Saje suka2. Masa tu aku pakai Iswara aeroback. Enjin standard, tapi suma kreta aku cabar. Dari kancil sampai la ke BMW.
x lama lepas tu dekat area Senawang dah ada bukak satu Projet. Stakat masa tu Projet la yang paling cantik dia punya infrastruktur berbanding dengan Petronas. Kawasan pun luas+selesa+tandas wangi. Kalau masuk Projet isi minyak, rasa riak je muka. Oleh kerana kawasan Projet ni luas, Projet ni dijadikan tempat berkumpul sebelum konvoi, jumpa kengkawan, melepak dan macam2 la boleh buat hinggakan malam2 minggu akan dijadikan port untuk mamat2 kereta sebelum nak pegi beracing ke town.
Asal malam minggu je mesti penuh la Projet ni. Yang datang nya lebih ramai parking kereta dari nak isi minyak. Kengkadang tu siap ada bukak bonet belakang tunjuk sound system berdentum2. Dah macam autoshow pun ada.
- malam minggu tu –
Fazli: “Boy..cepat la datang..ko buat ape tu?!!” (kat umah cumi)
Aku: “Okeh..okeh..aku tengah on the way la ni!!..”(sambil nak abis kan drama melayu lagi 20min nak 11mlm)
Fazli: “On the way palotak kau!! Kau tu pakai tlepon rumah!!”
Bersambung…
23 October 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment