Raye tahun ni aku x berapa sangat. x banyak jalan2. Ayah aku x sehat. Lepas operate masalah jantung bulan 4 itu hari, system badan dia terus down. Walaupun sebelum ayah operate memang x sehat, tapi lepas operate x sehat tu jadi double x sehat. Sedara mara ramai yang datang ziarah Ayah aku. Rumah Gemas dah jadi macam open house. Mak aku la yang paling kesian sebab x berapa pantas untuk kerja dapur. Ayu+wife aku jadi penyelamat keadaan.
Walaupun dalam x berapa raya, tapi tahun ni amat bermakna bagi aku. Aku pun dah mula berdamai dengan akak aku walaupun x semesra sebelum kawen. X de hal la, asal kan Mak+Ayah aku x berdosa sebelum sampai “masa” diorang. Insyaallah..
Tahun ni jugak aku dapat bersua muka dengan kawan baik aku semasa kerja kilang Hualon 8 thn lepas. Bob baru kahwin bulan 2 tahun ni. Dia memang kurang hajar sebab x undang ke majlis dia. Dia x kerja kilang dah. Dah jadi pakar IT kat Majlis Daerah Melaka. Pastu siap ada side income lagi jadi photographer majlis kawen. Dia ni memang panjang akal.
Seminggu lepas jumpa Bob, aku terjumpa website crewpalong merangkumi warga sekolah menengah dulu. Tapi bukan batch aku la. Batch akak aku. Salah sorang tu abang kepada kawan baik aku tingkatan 5 dulu. Fadizul. Terus aku ketuk dia. Fadizul pun baru kawen gak. Skang dah jadi broker kreta kat area USJ.
Zaman dah berubah..Dunia dah maju..
Background lagu untuk post ni.Sila download:
Rest of my life - Flop Poppy
Tangible kind of thing - Juliet the orange
No comments:
Post a Comment