AKU  DAN  SESUATU

11 October 2008

Kereta tarik depan boleh drift ke?

2004-9.40mlm-Bujang lagi-Malam masih muda.

Aku ngan Fazli (sepupu aku) on the way nak ke balik rumah. Koordinat skang ni kat depan Mobil area Tmn. Sri Mawar Senawang menuju ke Tmn. S'ban Jaya. Depan sikit lagi nak ke Tol Senawang. Kelajuan jentera aku lingkungan 60km/j. Kelajuan tahap balada. Sedang aku layan radio ngan Fazli, tetiba ada satu satria sudah potong nipis cilok depan aku. Perangai kurang didikan macam ni la selalu buat hati aku panas. Spontan tindakan reflex kakitangan aku bertugas untuk mencabar kewibawaan satria tadi. Dia punya zig-zag memang licin. Aku takde hal sebagai pihak mengejar sampai la kat traffik light merah simpang 4 area S'ban Jaya. Skang ni jarak bumper depan aku cuma 1' dari bumper belakang dia. Aku x nak dok sebelah dia. Saje nak saiko.

- Aku dah ready gear 1

- Lampu bertukar kaler hujau

- Senag2 je satria tadi kena tapau ngan aku. Nampak sangat satria tu stakat 1.3 atau lambat pick-up atau ramai penumpang atau kurang pengatahuan. Ada hati nak kerek ngan aku.

-Lagi 70meter nak masuk corner 90degree ke Tmn. S'ban Jaya, aku kena lepas kan minyak untuk perlahan kan pecutan aku.

- Cis!!.. berani lagi nak cabar aku

Mengikut daya pecutan sains matematik aku, jarak 70meter tadi dah cukup cerdik untuk perlahan kan pecutan . Aku ngan Fazli terpegun tengok satria tadi tetiba buat drift nak masuk corner 90degree. Memang betul2 live drift cakap lu.

Screeetch!!.. + Prooouukk!!.. (drift+terbabas atas divider)

Pergh..memang hati kering rider ni. Aku x ambik risiko nak berenti time tu gak. Kang x pasal2 masyarakat yang tengah jamu selera kat Dol Tom Yam tepi jalan tu bertindak luar batasan. Aku cuma buat u-turn lepas 200meter dari tempat kejadian.

Aku: "Hallamak macha.. apa sudah jadi?.." (sambil berlari hulur bantuan)

Macha: "Over sliding la macha" (sambil nak angkat kereta dari atas divider)

Orang dah mula berkerumun.

Masyarakat: "Dia ni berlumba tadi dengan satu satria tadi"

Masyarakat: "Ooo..yang satu satria yang dah lepas tu?"

Masyarakat: "Haa..tu la..beracing lagi"

Kasudahan nya satria tu x berjaya di alih kan. Tepaksa tunggu towing. Enjin x leh hidup. Shaft patah. Rim bengkok. Minyak hitam dah meleleh kluar. Macha tu nak balik ke Mantin. Pi mampos sama lu. Aku nak balik rumah nak tido.

Moral: Jangan berembat dengan koleng. Diorang ni kalo bawak kreta macam koleng. Aku x tau sebab tinted satria dia kaler hitam.

Fazli dah kawen. Ni gambar anak dia.

Background lagu post kali ni.Sila download:
Come On - BitterSweet
Red Line - Shizuka

2 comments:

Anonymous said...

gambar ayah eh x do ko? handsome tak?

zairi said...

anonymous:
ayah ei memang x hensem..