AKU  DAN  SESUATU

09 October 2008

Tanda-tanda Keruntuhan Empayar USA

Ni aku copy paste dari blog Isu Melayu Global untuk kita compare kan dari post usia bumi aku sblom ni.

Amerika Syarikat sudah lama melakukan fitnah dan penganiayaan terhadap Islam dan telah membunuh ramai umat Islam. Maka kemungkinan besar bermacam malapetakan yang kini menimpa Amerika Syarikat dengan bertubi-tubi seperti becana ribut taufan, kebakaran besar-besaran serta kegawatan ekonomi adalah balasan dari Allah SWT. Dan kegawatan ekonomi yang bermula sejak setahun dua yang lalu kini memuncak dengan berlakunya krisis kewangan yang amat serius. Telah dikatakan oleh pakar-pakar kalau krisis kewangan ini gagal diatasi dengan cepat, maka ekonomi Amerika Syarikat akan merundum dengan lebih teruk lagi dan akan hilanglah taraf Amerika Syarikat sebagai economic superpower. Seperti yang dikatakan oleh Presiden Iraq, Ahmadeenejad semasa bertemubual dengan Larry King di CNN baru-baru ini, empayar Amerika Syarikat sedang menjurus kearah keruntuhan.

Hari ini, Isnin 29 September 2008, pelan Presiden Bush yang bernilai USD 700 Billion untuk melakukan bailout bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan gergasi akan dibentangkan semula di Congress Amerika Syarikat. Rakyat Amerika Syarikat rata-rata masih membantah pelan bailout tersebut kerana ianya digubal secara tergesa-gesa dan wang rakyat yang sebanyak USD 700 Billion itu lebih kepada menyelamatkan golongan kaya. Dengan tidak mendapat restu serta sokongan dari rakyat maka kemungkinan besar pelan bailout tersebut akan tidak begitu berkesan dalam mengatasi krisis financial meltdown yang sedang di hadapi Amerika Syarikat sekarang ini.Kita telah melihat dalam sejarah keangkuhan dan kezaliman serta keterlaluan sesuatu empayar itu membawa kepada keruntuhan moral dan kegawatan ekonomi dan seterusnya kepada kehancuran sesuatu empayar itu.

Begitulah telah tercatit dalam sejarah. Dan empayar Amerika Syarikat kelihatan sedang menuju keruntuhan tersebut. Begitu angkuh sekali Presiden Bush dan lain-lain pembesar Amerika Syarikat berulangkali menyebutkan 'this great country of ours." Lupa mereka bahawa mereka hanyalah makhlok yang lemah yang dijadikan oleh Allah SWT. Sememangnya Amerika Syarikat telah dan sedang mengalami keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi, umpamanya dari mengalakkan seks rambang kepada membenarkan perkahwinan sesama jenis. Dan Amerika Syarikat berusaha pula mengeksport keruntuhan moral mereka itu ke negara-negara Islam terutamanya ke negara-negara Islam yang dijajahnya, iaitu Iraq dan Afghanistan. Dan Amerika Syarikat bersama-sama negara-negara Barat yang memusuhi Islam telah terus menekan negara-negara Islam agar mengubahsuaikan hukum-hukum Islam atas nama hak kebebasan individu dan hak asasi manusia. Bermacam helah dan tipudaya seperti mewujudkan muhibbah antara agama dan mewujudkan inter-faith dialogue digunakan untuk memujuk umat Islam menggubah ajaran agama Islam.

Tujuan jahat mereka adalah untuk mengelincirkan akidah umat Islam.Memang setiap hari saya mendoa'kan agar Allah SWT melindungi umat Islam diseluruh dunia dari terus dianiayai dan dibunuh oleh Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya dengan menurunkan azab yang dahsyat-dahsyat secara bertubi-tubi ke atas Amerika Syarikat dan lain-lain negara dan bangsa yang memerangi Islam. Alhamdullilah saya dapati ramai umat Islam yang turut mendoa'kan yang serupa. Doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata kita, dan semakin jelas terbukti doa' kita umat Islam lebih kuat dari senjata nuklear yang ada di tangan musuh kita.

Saya yakin segala macam bencana yang kini bertubi-tubi melanda Amerika Syarikat antara lainnya adalah akibat dari doa' kaum Muslimin dan Muslimat yang dianiayai itu yang dimakbulkan Allah SWT.Lihat apa jadi kepada negeri China yang telah ambil kesempatan sebagai tuan rumah sukan olympik untuk menyerang dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam. Menurut kerajaan China tindakan kejam mereka itu bertujuan untuk memastikan sukan olympik di Beijing selamat dari serangan pengganas Islam. Tidak beberapa minggu setelah tentera China memburu dan membunuh ramai rakyatnya yang beragama Islam itu, kita dapati gempa bumi yang amat dahsyat menimpa suatu kawasan di negri China. Ratusan ribu rakyat China terkorban.

Sekarang China mengalami pula bala susu yang mengandungi bahan melamin yang mengakibatkan ramai bayi di Cina samada terbunuh atau jatuh sakit. Ini balasannya apabila menipu dalam perniagaan. Tidak berapa lama dulu alat permainan kanak-kanak buatan China didapati tidak selamat, dan dengan penipuan terbaru iaitu penipuan dalam pembuatan susu bayi yang mengandungi melamine ini pula, pengeksportan hampir semua produk China pasti akan terjejas.Yang menentang azan di Malaysia, tengoklah nanti bala yang akan menimpa kamu semua.Kita tunggu dan lihat lain-lain bala yang bakal ditimpakan oleh Allah SWT ke atas Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang memfitnah, mengkhianati dan membunuh umat Islam.

Teruslah kita berdoa' agar Allah SWT akan melindungi kita umat Islam di seluruh dunia dan menimpakan becana malapetaka ke atas musuh-musuh Islam. Seperti yang kita umat Islam sedia maklum, doa' memohon kepada Allah SWT itu senjata yang amat kuat yang ada pada kita. Maka berdoa'lah dengan penuh keyakinan dan dengan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT. Yakin, jangan tak yakin.

Background lagu untuk post ni. Sila download:
13th May - Plague Of Happiness
My Baby Dont Wanna Play With You Too - Subculture

2 comments:

Anonymous said...

Allah Maha Adil..Tgk sekarang apa jadi..Nak tau kenapa US serang Iraq...gi sini http://blog.nawuza.org/2008/10/13/american-drama-petrodollar-scam/

sebab tu US skrg macam cacing kpanasan.

zairi said...

Yea..kita dah nampak kebengapan diorang skang..